Kritikan dan pengalaman menghasilkan naskhah berkenaan
bahasa dan kesusasteraan Melayu. Nombor panggilan PL5061.I8 8hal
Tuesday, 17 January 2017
Warisan Sastera Pahang Darul Makmur
Sastera rakyat adalah warisan
bangsa yang sangat bernilai. Terdapat 19 esei dalam buku ini yang menjadi
tatapan, renungan, inspirasi dan kebanggaan kepada anak-anak Pahang bahawa
negeri mereka kaya dengan khazanah kesusasteraan baik Sastera Lama mahupun
Sastera Baharu. PL5105.1.W37 8hal
Si Bulus-Bulus Sirumbuk-Rumbuk
Karya ini merupakan naskhah
Melayu Indonesia yang dihasilkan oleh Sasterawan Madailing Sumatera Utara,
Willem Iskandar.PL5251.I82 S5 1978 8hal
Singapura Di-langgar Todak
Cerita berkenaan todak melanggar
Singapura ini bukanlah baharu di kalangan orang Melayu. Walaupun cerita ini pada
pandangan kita hari ini bersifat dongeng tetapi biarlah suatu cerita warisan
pusaka nenek moyang kita ini tidak dilupakan atau hilang. Maka ini terhasil
untuk generasi kini dan akan datang, PL5180.S56 A243 8hal
Naskhah Melayu Di Leningrad
Koleksi naskhah Melayu kepunyaan
Lembaga Pengajian Timur Cawangan Leningrad ini tidaklah besar, hanya terdiri
atas 13 buah. Rujuk bahan ini untuk mengetahui apakah naskhah bernilai itu,
Z6605.M34 B72154 8hal
Friday, 13 January 2017
Malaya in World History
Divided into six parts which one
deals with the expansion of Islam in Asia and covers the early Muslim invasions
of India; the Malacca Sultanate and the Spread of Islam in South-East Asia. The
Rise of Mongols under Genghiz Khan and his successors and the Mughal Empire in
India are covered in Part Two. More interesting in this book, DS596.3.J47 8hal
Lt: Nor Pahlawan Gerila
Cerita Leftenan Nor Pahlawan
Gerila ini ialah riwayat yang sebenar berlaku ke atas seorang diri pahlawan
dalam pasukan bersenjata yang bernama Force 136. Angkatan ini ditubuhkan di
Tanah Melayu semasa Peperangan Pasifik pada tahun 1941-1945 ketika menentang
Jepun yang menguasai Tanah Melayu. DS596.4.A2 1963 8hal
Laporan Jawatan Kuasa Menyiasat Munchul-nya Mat Kilau
Laporan ini dihasilkan oleh
Jawatankuasa Khas yang dibangunkan untuk menyiasat munculnya Mat Kilau yang
dibentuk oleh kerajaan Negeri Pahang. Kumpulan ini bergerak dari satu destinasi
ke satu destinasi demi mendapat maklumat dari pelbagai lapisan masyarakat dan
berdasarkan dokumen juga penemuan sejarah. Terdapat di Koleksi Khas
Perpustakaan ATMA dengan nombor panggilan DS596.63.M38.L37 8hal
Cara-Cara Hidup Suku Iban
Buku ini
menceritakan peringkat-peringkat cara hidup suku Iban iaitu dari masa kelahiran
sehingga kematiannya. Nombor panggilan DS 597.333.S3 hal
Katak Keluar Dari Bawah Tempurung
Karya tulisan Abdul Aziz Ishak
yang berjudul Katak Keluar Dari Bawah Tempurung ini diterbitkan pada tahun 1987
dengan menggunakan tulisan Jawi. Menceritakan tentang dunia politik Tanah
Melayu. Nombor panggilan DS 597.15.A165.K38 8hal
Riwayat Hidup Tunku Abdul Rahman Putra
Naskhah dalam tulisan jawi ini
berkisarkan riwayat hidup Tunku Abdul Rahman yang diterbitkan pada tahun 1955.
Terdapat untuk rujukan di Koleksi Khas Perpustakaan ATMA dengan nombor
panggilan DS597.15.A2.A23 8 hal
Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia
Memaparkan bagaimana proses
pembentukan Malaysia dijalankan khususnya berhubung dengan kemasukan
negeri-negeri di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia.
Nombor pangggilan DS597.2.M753 8hal
Peristiwa-Peristiwa Malaysia
Buku ini mengabadikan setiap
detik dan peristiwa penting yang berlaku di tanah air dalam segenap bidang
sepanjang tahun 1970. Terdapat di Koleksi Khas Perpustakaan ATMA dengan nombor
panggilan DS597.2.P47 8hal
Politik Melayu dan Islam
Dr. Burhanuddin al-Helmy
merupakan seorang tokoh terkemuka di alam Melayu ini. Hayati riwayat dan
perjuangan hidup beliau dalam naskhah peribadi kepunyaan N.A. Halim yang
terdapat di Koleksi Khas Perpustakaan ATMA dengan nombor panggilan
DS597.215.B8.D6 8hal
Subscribe to:
Comments (Atom)













