Thursday 21 September 2017

Ramah Mesra Ketua Pustakawan UKM Bersama Warga Perpustakaan ATMA

Tanggal 20 September 2017, menjadi ingatan kepada warga Perpustakaan ATMA apabila Ketua Pustakawan UKM yang baharu, Encik Wan Shuhaimi Ariffin telah meluangkan masa untuk sesi ramah mesra bersama kami.

Dalam sesi ramah mesra secara santai itu, Encik Wan Shuhaimi memberikan nasihat, pandangan dan semangat kepada semua warga kerja perpustakaan dalam meningkatkan produktiviti dan motivasi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Malahan, dorongan untuk meningkatkan kerjaya individu ke tahap yang lebih baik juga menjadi di antara input yang positif.

Semoga semua warga perpustakaan mendapat impak daripada pertemuan ini.






Gotong-Royong 5S Perpustakaan ATMA

Zon 5S Perpustakaan ATMA dikenali dengan Zon Ibnu Rusydi telah menjalankan aktiviti gotong-royong pada 18 September 2017.

Aktiviti gotong-royong kali ini memfokuskan Bilik Koleksi Khas dan semua rak di Perpustakaan ATMA.

Sekiranya pelanggan masih menjumpai sebarang kesan habuk atau kotoran, maklumkan kepada kami demi kesejahteraan kita bersama.

Jangan lupa, demi kesejahteraan bahan kita juga ya!







Wednesday 20 September 2017

Koleksi Sastera Sunda di Buletin PPM

Koleksi Sastera Sunda merupakan salah satu daripada keunikan bahan yang terdapat di Perpustakaan ATMA. Naskhah retro ini menanti para penyelidik atau sukarelawan yang sudi menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu.

Maklumat lanjut berkenaan bahan ini telah diterbitkan dalam Buletin Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM).

https://beritappm.wordpress.com/2017/09/19/sebuah-daerah-sastera-sunda/

Sebahagian Koleksi Sastera Sunda di Perpustakaan ATMA

Friday 8 September 2017

Senarai Bahan 2017 di Perpustakaan ATMA

Perpustakaan ATMA memperolehi bahan melalui proses pembelian dan hadiah. Demi mengembangkan koleksi, kami mengalu-alukan cadangan pembelian bahan daripada pelanggan berdasarkan bidang ketamadunan Melayu.

Jika anda mempunyai bahan untuk disumbangkan kepada perpustakaan juga, kami amat menghargainya.

Berlampir adalah senarai buku pembelian, hadiah dan Koleksi N.A. Halim (bahan kebelakangan) sepanjang Januari hingga kini yang telah diproses di Perpustakaan ATMA.


Semoga bermanfaat untuk semua!