Wednesday 18 December 2019

Selamat Bersara Ketua Perpustakaan ATMA, Puan Hamidah Erman

Puan Hamidah Erman telah bersara wajib pada 1 Disember 2019 setelah bertugas selama 3 tahun 7 bulan sebagai Ketua Perpustakaan ATMA. Puan Hamidah yang merupakan Pustakawan S48 telah menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang sepanjang perkhidmatan beliau di Perpustakaan ATMA mahupun Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM.

Beliau sering memberi nasihat supaya semua warga perpustakaan dapat menjalankan tugas dengan penuh ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Terima kasih di atas segala jasa baik dan akan menjadi kenangan buat semua. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik dan selamat menempuh alam persaraan.










\












Monday 2 December 2019

Sumbangan Koleksi Peribadi Tuan Haji Abd Razak Hussin, Mantan Pendaftar UKM

Tanggal 22 November 2019, Tuan Haji Abd Razak Hussin, mantan Pendaftar UKM bersetuju untuk menyumbangkan koleksi peribadi beliau kepada Perpustakaan ATMA.

Koleksi peribadi beliau terdiri daripada buku pelbagai bidang terutama berkenaan bahasa, budaya, sejarah pendidikan negara dan ketamadunan Melayu.

Semoga sumbangan ini memperkasakan lagi khazanah ilmu yang terdapat di Perpustakaan ATMA.







Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan ATMA

Pada 21 Oktober 2019, Perpustakaan UKM telah mengadakan Hari Bersama Pelanggan bertempat di Dataran Tun Seri Lanang. Semua perpustakaan cabang yang bertempat di kampus Bangi turut terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Perpustakaan ATMA telah membuka booth dengan membawa koleksi unik perpustakaan yang terdiri daripada Koleksi Sastera Sunda, Koleksi Wiramanja, Koleksi NA Halim dan sebagainya.

Selain daripada itu, pelbagai permainan dan aktiviti dengan hadiah menarik turut disediakan kepada semua pelanggan yang melawat booth Perpustakaan ATMA.

Antara permainan yang mendapat sambutan adalah Kenali P. Ramlee, Bijak Peribahasa dan Simpulan Bahasa, Teka Silang Kata dan Bijak Jawi.

















Sumbangan Bahan Daripada Prof. Dr. Abdul Latif Samian, Felo Penyelidik Kanan ATMA

Yang Berbahagia Prof. Dr. Abdul Latif Samian, Felo Penyelidik Kanan ATMA telah menyumbang bahan daripada koleksi peribadi beliau kepada Perpustakaan Tun Seri Lanang dan Perpustakaan ATMA (bahan berkaitan alam dan ketamadunan Melayu).

Beliau yang merupakan mantan Pengarah ATMA juga bersetuju menyumbangkan naskhah tambahan koleksi beliau kepada perpustakaan lain di sekitar Lembah Kelang dengan pengurusan sepenuhnya kepada pihak Perpustakaan Tun Seri Lanang.