Tuesday 17 January 2017

Statements on Malay Language and Literature


Kritikan dan pengalaman menghasilkan naskhah berkenaan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Nombor panggilan PL5061.I8 8hal

Warisan Sastera Pahang Darul Makmur


Sastera rakyat adalah warisan bangsa yang sangat bernilai. Terdapat 19 esei dalam buku ini yang menjadi tatapan, renungan, inspirasi dan kebanggaan kepada anak-anak Pahang bahawa negeri mereka kaya dengan khazanah kesusasteraan baik Sastera Lama mahupun Sastera Baharu. PL5105.1.W37 8hal

Si Bulus-Bulus Sirumbuk-Rumbuk


Karya ini merupakan naskhah Melayu Indonesia yang dihasilkan oleh Sasterawan Madailing Sumatera Utara, Willem Iskandar.PL5251.I82 S5 1978 8hal

Singapura Di-langgar Todak


Cerita berkenaan todak melanggar Singapura ini bukanlah baharu di kalangan orang Melayu. Walaupun cerita ini pada pandangan kita hari ini bersifat dongeng tetapi biarlah suatu cerita warisan pusaka nenek moyang kita ini tidak dilupakan atau hilang. Maka ini terhasil untuk generasi kini dan akan datang, PL5180.S56 A243 8hal

Naskhah Melayu Di Leningrad


Koleksi naskhah Melayu kepunyaan Lembaga Pengajian Timur Cawangan Leningrad ini tidaklah besar, hanya terdiri atas 13 buah. Rujuk bahan ini untuk mengetahui apakah naskhah bernilai itu, Z6605.M34 B72154 8hal

Friday 13 January 2017

Malaya in World History


Divided into six parts which one deals with the expansion of Islam in Asia and covers the early Muslim invasions of India; the Malacca Sultanate and the Spread of Islam in South-East Asia. The Rise of Mongols under Genghiz Khan and his successors and the Mughal Empire in India are covered in Part Two. More interesting in this book, DS596.3.J47 8hal

Lt: Nor Pahlawan Gerila


Cerita Leftenan Nor Pahlawan Gerila ini ialah riwayat yang sebenar berlaku ke atas seorang diri pahlawan dalam pasukan bersenjata yang bernama Force 136. Angkatan ini ditubuhkan di Tanah Melayu semasa Peperangan Pasifik pada tahun 1941-1945 ketika menentang Jepun yang menguasai Tanah Melayu. DS596.4.A2 1963 8hal

Laporan Jawatan Kuasa Menyiasat Munchul-nya Mat Kilau


Laporan ini dihasilkan oleh Jawatankuasa Khas yang dibangunkan untuk menyiasat munculnya Mat Kilau yang dibentuk oleh kerajaan Negeri Pahang. Kumpulan ini bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi demi mendapat maklumat dari pelbagai lapisan masyarakat dan berdasarkan dokumen juga penemuan sejarah. Terdapat di Koleksi Khas Perpustakaan ATMA dengan nombor panggilan DS596.63.M38.L37 8hal

Cara-Cara Hidup Suku Iban




Buku ini menceritakan peringkat-peringkat cara hidup suku Iban iaitu dari masa kelahiran sehingga kematiannya. Nombor panggilan DS 597.333.S3 hal

Katak Keluar Dari Bawah Tempurung


Karya tulisan Abdul Aziz Ishak yang berjudul Katak Keluar Dari Bawah Tempurung ini diterbitkan pada tahun 1987 dengan menggunakan tulisan Jawi. Menceritakan tentang dunia politik Tanah Melayu. Nombor panggilan DS 597.15.A165.K38 8hal

Riwayat Hidup Tunku Abdul Rahman Putra


Naskhah dalam tulisan jawi ini berkisarkan riwayat hidup Tunku Abdul Rahman yang diterbitkan pada tahun 1955. Terdapat untuk rujukan di Koleksi Khas Perpustakaan ATMA dengan nombor panggilan DS597.15.A2.A23 8 hal

Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia


Memaparkan bagaimana proses pembentukan Malaysia dijalankan khususnya berhubung dengan kemasukan negeri-negeri di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. Nombor pangggilan DS597.2.M753 8hal

Peristiwa-Peristiwa Malaysia


Buku ini mengabadikan setiap detik dan peristiwa penting yang berlaku di tanah air dalam segenap bidang sepanjang tahun 1970. Terdapat di Koleksi Khas Perpustakaan ATMA dengan nombor panggilan DS597.2.P47 8hal

Politik Melayu dan Islam


Dr. Burhanuddin al-Helmy merupakan seorang tokoh terkemuka di alam Melayu ini. Hayati riwayat dan perjuangan hidup beliau dalam naskhah peribadi kepunyaan N.A. Halim yang terdapat di Koleksi Khas Perpustakaan ATMA dengan nombor panggilan DS597.215.B8.D6 8hal