Tuesday 29 November 2016

Akal budi Melayu dalam pantun dan sajak / Aminudin Mansor.


Untuk menyelami akal budi Melayu mestilah melalui pemahaman terhadap pantun dan sajak. Melalui pengucapan pantun yang dituturkan secara lisan dan kemudian dituliskan akal budi Melayu terpancar melalui aktiviti seluruh kehidupan tradisional. Dapatkan buku ini dengan nombor panggilan PL5123.A443 8 di Perpustakaan ATMA.

Monday 28 November 2016

100 Malay proverbs : an open ground for knowledge = 100 pepatah petitih Melayu : alam terkembang jadi guru


Buku dwibahasa ini menyusun alur fikir Melayu dengan memberi gambaran dan kesedaran kepada kita tentang kayanya fikiran nenek moyang yang menjadikan alam sebagai sumber dan guru untuk panduan hidup. 100 pepatah Melayu yang indah ini terdapat di Perpustakaan ATMA dengan nombor panggilan PL5083.14.M3.S593 8

Meneroka penterjemahan Bahasa Melayu


Pengetahuan tentang aspek-aspek penting dalam dunia penterjemahan khususnya terjemahan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Memberi penghuraian berkenaan konsep dan kegiatan penterjemahan, sejarah awal perkembangan, aspek linguistik, semantik, budaya, dan sebagainya. Terdapat di Perpustakaan ATMA dengan nombor panggilan PL5084.4.A2.P847 8

The phonology and morphology of Ulu Muar Malay


These local dialects, which are spoken in the rice-farming settlements and fishing villages in which the bulk of the Malay population lives, are everywhere giving ground to standard Malay as a result of the spread of formal education, the influence of the radio, increased opportunities for occupational and social mobility, and the growing involvement if rural Malays in state and national affairs. Available at ATMA Library PL5094.5.K82.H46 8


Perkaitan semantik-sintaksis kata kerja dengan preposisi Bahasa Melayu / Maslida Yusof.


Karya ini merupakan satu usaha untuk menjelaskan hubungan antara kata kerja dengan pola kemunculan preposisi dalam klausa. Justeru, penulis mengetengahkan pengelasan baharu kata kerja bahasa Melayu berdasarkan perbezaan Aktionsart (bahasa Jerman untuk bentuk lakuan) dan sebagainya. Dalami sisi baharu bahasa Melayu menerusi naskhah ini yang terdapat di Perpustakaan ATMA dengan nombor panggilan PL5087.6.M37 8

Pengajaran lisan Bahasa Malaysia / oleh Omar bin Puteh


Buku terbitan tahun 1972 ini untuk memberi panduan kepada para pendidik untuk melatih kanak-kanak bercakap dalam bahasa Melayu bukan sahaja kemahiran menulis dan membaca malahan melalui pelajaran lisan. Terdapat di Perpustakaan ATMA dengan nombor panggilan PL5079.M3.O6 8

Unsur etnosains Malayonesia dalam Bahasa Melayu sejak abad ke-5 masihi / editor, Shaharir Mohamad Zain.


Memfokuskan tentang etnosains Melayu yang telah bermula sejak abad kelima Masihi lagi dan berkembang sehingga sekarang. Merupakan kumpulan makalah dalam bidang sains dan matematik yang berpandukan warisan tamadun berbahasa Melayu. Terdapat di Perpustakaan ATMA dengan nombor panggilan PL 5070.U537 8

Monday 21 November 2016

Audit Dalaman Sistem Persekitaran Berkualiti (SPB) (5S) Perpustakaan

Audit Dalaman Sistem Persekitaran Berkualiti (SPB) (5S) Perpustakaan telah diadakan pada 21 November 2016 di Perpustakaan ATMA. Tujuan audit dalaman ini dijalankan adalah untuk memastikan aktiviti-aktiviti 5S diamalkan oleh seluruh warga perpustakaan dan dijalankan secara sistematik dan berterusan.

Auditor yang ditugaskan untuk mengaudit Perpustakaan ATMA adalah Cik Athirah Omar yang menggantikan Puan Norbaizura Malek. Audit dijalankan di setiap aras perpustakaan. Antara lokasi yang dilawati oleh auditor adalah Bilik Koleksi Khas, Koleksi Am, ruang fail dan lain-lain.











Wednesday 16 November 2016

Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan ATMA 2016

Hari Bersama Pelanggan telah diadakan pada 16 November 2016 di Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (PATMA) dari jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang. Hari Bersama Pelanggan diadakan sempena aktiviti Pembudayaan Ilmu Perpustakaan UKM 2016. Ia merupakan kesinambungan Hari Bersama Pelanggan yang diadakan setiap tahun di perpustakaan. Aktiviti ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada pelanggan yang telah banyak menyokong aktiviti perpustakaan. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti  Menang, Kalah dan Seri (Cabaran Peribahasa), Cabaran Teka Saya (Cari Simpulan Bahasa), Kenali P.Ramlee, Sudut RM1 (Derma dan Amal), Belon Bertuah, Sembang Teh Tarik dan Selfie #sayasayangpatma. Sembang Teh Tarik merupakan aktiviti yang pertama kali diadakan pada Hari Bersama Pelanggan 2016. Konsep perbincangan secara santai ini telah dihadiri oleh ahli akademik, pegawai ATMA, pelajar dan penyelidik dengan jumlah keseluruhan sebanyak 13 orang. Wakil daripada Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) juga turut dijemput iaitu Encik Harith Faruqi Sidek, Puan Shaizimah Badzri dan Puan Rohalia Mohd Rohani. Perbincangan dan perkongsian dalam Sembang Teh Tarik adalah berkisar tentang e-Rep, isu penerbitan dan perkhidmatan perpustakaan. Secara keseluruhan, aktiviti Hari Bersama Pelanggan di Perpustakaan ATMA telah dapat dilaksanakan dengan ceria dan meriah. Para pemenang telah menerima hamper, alat tulis, buku dan pelbagai cenderamata. Pelanggan yang mengisi Maklumbalas Kepuasan Pelanggan Perpustakaan UKM secara online juga tidak pulang dengan tangan kosong, mereka juga menerima cenderamata berupa pen dan buku nota.


Cabaran Teka Saya (Cari Simpulan Bahasa)

Belon Bertuah

Menang, Kalah dan Seri (Cabaran Peribahasa)

Sembang Teh Tarik

 
Selfie #sayasayangpatma

Para Pemenang Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan ATMA 2016

Wednesday 9 November 2016

Aktiviti Gotong Royong di Perpustakaan ATMA

Satu aktiviti gotong royong telah dijalankan di Perpustakaan ATMA pada 9 November 2016 bagi membuat persediaan/persiapan untuk menghadapi Audit Dalaman Sistem Persekitaran Berkualiti (SPB) (5S) Perpustakaan Bil 2/2016 yang akan diadakan pada 21 November 2016. Gotong royong telah dijalankan di setiap aras Perpustakaan ATMA.








Friday 4 November 2016

Segunung Budi Selautan Kenangan : Dedikasi Istimewa untuk Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Hj. Omar


Buku Segunung Budi Selautan Kenangan ini merupakan sebuah terbitan khas Jabatan Linguistik Melayu sempena persaraan Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar yang memuatkan 16 buah artikel hasil tulisan anak didik beliau yang merentasi pelbagai disiplin linguistik mengikut kepakaran masing-masing. Buku ini terdapat di Perpustakaan ATMA dengan nombor panggilan PL5065.S43 8.

Pentaksiran Karangan Bahasa Melayu


Pentaksiran karangan bahasa Melayu umumnya menggunakan pendekatan dan prinsip daripada model yang asasnya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua, khususnya bahasa Inggeris. Justeru, buku ini yang merupakan himpunan beberapa buah kertas kerja persidangan kebangsaan dan antarabangsa serta ditulis dengan menggunakan data daripada penyelidikan tentang karangan bahasa Melayu bukan sahaja mengemukakan prinsip pentaksiran karangan berasaskan model yang sesuai, malah menyediakan instrumen pentaksiran yang khusus dalam pentaksiran tiga jenis karangan utama. Maklumat lanjut sila rujuk buku ini di Perpustakaan ATMA dengan nombor panggilan PL5083.A3.H37 8.

Kata Bersinonim Dalam Bahasa Melayu


Sinonim merupakan salah satu persoalan bahasa yang menarik dalam semua bahasa, termasuk dalam bahasa Melayu. Oleh sebab wujud sinonim dalam bahasa Melayu, maka ramai dalam kalangan pengguna bahasa Melayu memilih perkataan yang tidak tepat ketika menulis atau bercakap. Buku ini ditulis untuk meneliti persoalan penggunaan perkataan atau frasa yang mempunyai erti atau makna yang sama, masalah penggunaan dan penjelasannya. Buku ini terdapat di Perpustakaan ATMA dengan nombor panggilan PL5087.7.M3.N37.

Concepts of Conflict, War and Peace in the Malay Language


This book is an analysis of concepts that form the nuclei of the meanings that underlie the various words denoting conflict, war and peace in the Malay language. It opens a window to an understanding of the way speakers of the Malay language perceive these concepts. This book available at ATMA Library with call number PL5091.A85.

Kenali Loghat Terengganu


Sesuatu yang istimewa berkenaan Negeri Terengganu selain kecantikan buminya adalah masyarakat yang memiliki sejumlah kosakata atau loghat yang tidak dituturkan masyarakat luar. Perkataan hungga, nyek, jerba, pelekong, petong, tagol misalnya membawa pengertian gerak yang sangat tepat. Kenali loghat Terengganu melalui bahan ini yang terdapat di Perpustakaan ATMA dengan nombor panggilan PL5094.5.T4.S53 8.

Dialek Melayu Sarawak : Perkataan, Ayat Dan Perbualan


Buku ini bertujuan memberi pendedahan tentang golongan kata, ayat dan perbualan dalam dialek Melayu Sarawak. Kepelbagaian etnik di Sarawak membawa kepada kepelbagaian dialek Melayu Sarawak yang unik. Bahan ini terdapat di Perpustakaan ATMA dengan nombor panggilan PL5094.5.S2.M65 8.

Thursday 3 November 2016

Epigrafi Melayu : Sejarah Sistem Tulisan Dalam Bahasa Melayu


Naskhah ini memberikan gambaran tentang pelbagai sistem tulisan, iaitu Pallava, Kawi, Jawi dan Rumi yang digunakan oleh bahasa Melayu sepanjang riwayatnya. Bahan ini terdapat di Perpustakaan ATMA dengan nombor panggilan PL5062.H37 2006 8.

Kenangan Jalan Kenanga : Koleksi Esei Dato' Razali Ismail


Merupakan kumpulan esei Allahyarham Dato' Razali Ismail yang terkenal dalam dunia budaya (teater), gerakan pendidikan dan alam politik. Kenangan Jalan Kenanga adalah kediaman beliau yang banyak mencetuskan idea penulisan yang asli untuk tatapan generasi akan datang. Antara dunia pendidikan, kesusasteraan, budaya dan politik, beliau meninggalkan nukilan berharga yang kini terdapat di Perpustakaan ATMA dengan nombor panggilan PL5101.6.R39.K46 8.

Hikayat Si Miskin


Terdapat beberapa naskhah Hikayat Si Miskin. Menurut R.O. Winstedt, di Jakarta terdapat lima naskhah, Leiden mempunyai dua naskhah dan di London pula satu naskhah. Hikayat ini menceritakan pengembaraan Marakarmah dari mula diusir oleh ibu bapanya hingga ia menjadi sultan di negara Mercu Indera. Hayati kesudahan kisah klasik ini di Perpustakaan ATMA dengan nombor panggilan PL5180.S51.A2 2016 8.

Panglima Awang : Penguasa Lima Lautan


Kisah pelayaran Panglima Awang yang juga dikenali sebagai Henry The Black atau Enrique of Malacca. Naskhah ini dihasilkan dengan menggunakan teknik cerita fiksyen yang menyaksikan Empayar Kesultanan Melaka gugur satu persatu dengan Melaka itu sendiri akhirnya ditawan Portugis. Hayatilah kisah Panglima Awang yang mencipta nama sebagai orang pertama mengelilingi dunia ini di Perpustakaan ATMA dengan nombor panggilan PL5186.R68.P36 8.

Ikat Limar : The Ancient Malay Textile


Kesenian dan kehalusan kreativiti orang Melayu dizahirkan melalui fabrik tradisional yang sukar ditemui pada masa kini. Naskhah ini menceritakan tentang keunggulan dan sejarah kain songket limar yang merupakan kain warisan Melayu terdahulu. Bahan ini terdapat di Perpustakaan ATMA dengan nombor panggilan NK9504.7.N67 8.

Hikayat Malim Dewa


Hikayat Malim Dewa merupakan salah satu di antara sekumpulan cerita atau karya sastera Melayu lama yang mempunyai pelbagai kisah unik dan menarik. Naskhah ini berdasarkan riwayat turun-temurun melalui tukang cerita generasi demi generasi. Inilah warisan orang dahulukala, entahkan beberapa zaman lamanya cerita dibawa air yang hilir, angin yang lalu dan burung yang terbang. Buku ini terdapat di Perpustakaan ATMA dengan nombor panggilan PL5180.M31.A5 2016 8.