Wednesday 31 October 2018

Pameran Apa Ada Pada Bahasa Melayu


Perpustakaan mengadakan Pameran Apa Ada Pada Bahasa Melayu bermula bulan Oktober 2018 bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan.

Pameran ini juga bertujuan untuk mempromosi koleksi baharu perpustakaan iaitu Koleksi Bahasa Melayu. Kesemua bahan pameran adalah merujuk kepada koleksi tersebut.

Terukirnya bahasa Melayu adalah untuk menandakan identiti bangsa Melayu. Kitalah yang seharusnya bersama memartabatkan bahasa kita.


Thursday 18 October 2018

Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan ATMA

Perpustakaan ATMA telah mengadakan Hari Bersama Pelanggan pada 16 Oktober 2018 bertempat di Dataran Tun Seri Lanang, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM.

Konsep tahun ini berlainan dan julung kali diadakan di luar daripada ruang Perpustakaan ATMA sendiri. Kami telah membawa beberapa koleksi unik perpustakaan seperti Koleksi Sastera Sunda, Koleksi Saad Shukri, Koleksi Wiramanja, Koleksi WHWT, Koleksi N.A. Halim, Koleksi Khas dan Koleksi Bahasa Melayu untuk dipamerkan kepada pelanggan Perpustakaan UKM.

Ruang pameran Perpustakaan ATMA dikunjungi oleh ramai pelanggan yang kebanyakan masih tidak menyedari kewujudan perpustakaan khusus ini. Rata-rata pengunjung menzahirkan rasa bangga kerana terdapat bahan ilmiah yang memelihara bidang alam dan ketamadunan Melayu, malahan jumlah statistik pengunjung perpustakaan sedikit meningkat kerana dikunjungi oleh pelanggan yang baharu sedar tentang lokasi Perpustakaan ATMA.

Selain pameran bahan, kami juga menjalankan aktiviti promosi untuk menambah keahlian Facebook Perpustakaan ATMA dengan permainan Cabutan Bertuah, Teka Gula-Gula dan Biskut Kelapa.

Mudahan berjumpa lagi di tahun hadapan.