Monday 28 May 2018

Program Tadarus Sempena Ramadan1439

Perpustakaan UKM telah mengadakan program tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan 1439H. Program ini melibatkan kesemua warga perpustakaan termasuk perpustakaan cabang. Perpustakaan ATMA tidak terkecuali dalam usaha #tamakpahala ini.

Insya-Allah, semoga dengan program ini, mendidik jiwa warga perpustakaan dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik dengan sahsiah diri yang mulia dan berbudi pekerti sesuai dengan tuntutan Al-Quran.

Salam Dunia! Sayang Ramadan!






Thursday 17 May 2018

Kursus E-Rep dan Jurnal Terindeks

Perpustakaan ATMA dengan kerjasama Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) telah berjaya menganjurkan Kursus E-Rep dan Jurnal Terindeks pada 16 Mei 2018 bertempat di Bilik Wacana ATMA.

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada isu semasa dalam penerbitan terutama berkenaan jurnal terindeks, pendaftaran karya melalui sistem repositori perpustakaan iaitu E-Rep.

Bengkel ini dihadiri oleh Pengarah ATMA, Prof Dr. Supyan Hussin, felo akademik ATMA dan beberapa pegawai ATMA yang terlibat dalam pengesahan dan pendaftaran E-Rep.

Taklimat yang diberikan oleh Puan Shaizimah Badzri, Puan Nor Hamsiah Ahmad Hosaini dan Puan Rusiah Husin wakil daripada PTSL telah memberi kefahaman yang jelas kepada semua yang hadir.

Melalui perkongsian ini juga diharap dapat memudahkan urusan kedua-dua pihak, iaitu antara ATMA dan perpustakaan itu sendiri.








Wednesday 2 May 2018

Jom Baca 10 Minit di Perpustakaan ATMA

Perpustakaan ATMA telah bersama menjayakan Program Jom Baca 10 Minit pada 24 April 2018.

Program ini bersempena dengan Hari Buku dan membudayakan amalan membaca dikalangan masyarakat Malaysia.

Walaupun hanya 10 minit, kita mampu mengetahui pelbagai informasi dan ilmu berbanding dengan 10 minit yang terbuang dengan hanya berbual atau berkhayal.

Salam membaca dari kami!






Kumpulan Tamadun Perpustakaan ATMA di Konvensyen Team Excellence Perpustakaan UKM

Pada 16 April 2018, Kumpulan Tamadun dari Perpustakaan ATMA telah bertanding dalam Konvensyen Team Excellence Perpustakaan ATMA dengan projek penambahbaikan proses kerja penyusunan bahan perpustakaan menggunakan kaedah pengurusan kejat.

Kumpulan telah mempersembahkan cara penyusunan bahan yang dipendekkan dengan menggunakan kaedah kaizen dan mendapat tempat ketiga dalam konvensyen tersebut. Penambahbaikan ini demi memenuhi matlamat memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan perpustakaan melalui moto projek kami, 'Susun Cepat Pelanggan Suka, Susun Lambat Pelanggan Kecewa'.

Kumpulan juga telah berjaya mendapat Anugerah Pembentang Terbaik, dimana kaedah persembahan telah dijaya dengan lakonan daripada kakitangan Perpustakaan ATMA iaitu Encik Mohd Hafiffy Ghazali dan Encik Hamzah Jahid. Manakala pembentang yang mewakili Kumpulan Tamadun pula adalah Puan Siti Wahida Amanullah dan Encik Mohd Firdaus Mhd Thaha.

Semoga dengan kejayaan ini menaikkan lagi semangat ahli kumpulan untuk menghasilkan projek inovasi dan penambahbaikan yang lebih baik dimasa hadapan.

 Tahniah untuk semua ahli Kumpulan Tamadun dan fasilitator kami, Puan Hamidah Erman, merangkap Ketua Perpustakaan ATMA.