Thursday 4 April 2019

Kumpulan TAMADUN Menimba Pengalaman di Konvensyen Kejat Peringkat UKM

Pada 21 Mac 2019, Kumpulan TAMADUN Perpustakaan ATMA telah menimba pengalaman baharu dalam Konvensyen Inovasi dan Kreativiti KIK & Lean Peringkat UKM.

Konvensyen bertempat di Dewan Persidangan CRIM memberi pendedahan bermakna kepada semua ahli kumpulan tentang kepentingan semangat kerjasama, sentiasa menawarkan perkhidmatan terbaik demi memberi imej positif kepada organisasi.

Kumpulan menjalankan inovasi yang bertajuk Penyusunan Buku di Rak Sebenar Mengambil Masa Yang Lama dengan tema Susun Lambat Pelanggan Kecewa, Susun Cepat Pelanggan Gembira.

Projek inovasi kumpulan berjaya meraih naib johan sekaligus membawa wang tunai sebanyak RM700, beserta trofi dan sijil penyertaan. Manakala johan di menangi oleh kumpulan PROTAG dari Unit Katalog, Perpustakaan Tun Seri Lanang.

Walaupun julung kali menyertai konvensyen peringkat UKM, kumpulan telah menunjukkan keyakinan dan semangat juang yang baik.

Semoga berjumpa lagi di konvensyen akan datang!

Insyallah.










Projek Mengenalpasti Judul Manuskrip di Perpustakaan ATMA


Manuskrip Melayu membawa erti hasil penulisan tangan, berskrip Jawi dengan menggunakan versi Melayu yang dihasilkan sekitar abad ke - 16 sehingga abad ke - 19.

Perpustakaan ATMA mempunyai koleksi manuskrip sumbangan mantan kakitangan perpustakaan iaitu Encik Hasbullah Marzuki.

Koleksi tersebut merupakan tinggalan arwah datuknya, Mohd Pardi Haji Salleh yang dilahirkan pada tahun 1870-an di Pacitan, Jawa Timur.
Arwah merantau ke Chenderiang, Perak sekitar tahun 1920-an dan berguru dengan Kiyai Haji Salleh Haji Abdul Rahman di Temoh, Perak.
Manuskrip berkisarkan tentang kitab sastera, kitab amalan, fekah, kitab jawi jawa, ketika tempoh pengajian arwah Mohd Pardi Haji Salleh.
Proses mengenalpasti judul, jenis khat dan sebagainya tentang manuskrip tinggalan arwah masih berjalan dari masa ke semasa dengan bantuan pembacaan daripada Encik Bazri, Pegawai Penyelidik Sosial ATMA dan Puan Siti Wahida Amanullah, Pustakawan Perpustakaan ATMA.