Monday 3 September 2018

Kunjungan Mantan Pengarah DBP ke Koleksi Bahasa Melayu, Perpustakaan ATMA

Sempena dengan Wacana Nilai Bahasa Melayu di China yang dianjurkan oleh pihak ATMA pada 28 Ogos 2018, Perpustakaan ATMA menerima kunjungan daripada panel wacana tersebut iaitu YBhg. Datuk Dr. Awang Sariyan dan Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah.

Datuk Dr. Awang Sariyan yang kini bertugas di ISTAC, IIUM dan merupakan mantan Pengarah DBP terkenal sebagai tokoh dan pencinta bahasa Melayu melahirkan rasa bangga beliau dengan kewujudan Koleksi Bahasa Melayu di Perpustakaan ATMA. Beliau juga turut menyumbang beberapa naskhah karya beliau untuk koleksi tersebut.

Manakala Prof. Dr Ridhuan Tee Abdullah yang bertugas di UNISZA pula berharap promosi tentang koleksi ini dapat dipertingkatkan supaya tidak sekadar dirujuk oleh masyarakat kampus UKM malahan sekitarnya juga.