Monday 17 April 2017

Pameran Sebuah Daerah Sastera Sunda: Koleksi Sastera Sunda

Pameran Sebuah Daerah Sastera Sunda diadakan sepanjang bulan April 2017, bertujuan untuk mempromosikan Koleksi Sastera Sunda yang terdapat di Perpustakaan ATMA.

Koleksi ini terdiri daripada novel picisan dalam bahasa Sunda terbitan tahun 1969-1975. Koleksi yang berjumlah 275 judul ini merupakan kumpulan bahan dalam bahasa Sunda yang terbesar berada di luar tanah Sunda.

Tuesday 4 April 2017

Melawat Perpustakaan Peringatan Za'ba, Universiti Malaya


Jawatankuasa Kecil Nic Bahasa Melayu di Perpustakaan ATMA telah menganjurkan lawatan ke beberapa perpustakaan cabang dan khusus di Universiti Malaya (UM) pada 16 Mac 2017.

Lawatan pertama kami adalah ke Perpustakaan Cabang Pendeta Za'ba yang penubuhannya berilhamkan daripada penerimaan koleksi peribadi Pendeta Za'ba. Za'ba atau Tan Sri Dr. Zainal Abidin Ahmad merupakan seorang cendekiawan Melayu yang tidak asing lagi. Koleksi Za'ba terdiri daripada Kitab Ilmu Bahasa Melayu, Kita Rahsia Ejaan Jawi, Ilmu Mengarang, dan sebagainya.

Perpustakaan Peringatan Za'ba ini merupakan gabungan bahagian Koleksi Melayu dan Bahagian Koleksi Kebangsaan pada peringkat permulaannya. Kini, PPZ juga telah bergabung dengan Pusat Pengajian India, Asia Timur dan Arkib yang meluaskan lagi pembangunan dan pembentukan koleksi mereka. 

Kami dimaklumkan, koleksi peribadi merupakan koleksi asas kepada pembangunan PPZ ini. Justeru, mereka mempunyai banyak koleksi peribadi seperti Koleksi Ungku Aziz, Koleksi Pintado, Koleksi Swift, Koleksi Tuan Haji Mohd Said, Koleksi Firdaus, Koleksi Ibrahim Yahaya dan Koleksi Taib Osman.

Selain itu, PPZ juga mempunyai Koleksi Manuskrip seperti Sha'ir Agong, Hikayat Emas Jejolok dan Hikayat Badrul Mu'in. Koleksi Belanda dan Koleksi Peranakan (Tionghua) juga merupakan di antara keistimewaan PPZ.

Penunjuk arah koleksi peribadi di PPZ

Cenderahati sebagai tanda terima kasih

Susun atur menggunakan konsep yang minima dan kemas

Koleksi Ungku Aziz

Penulis dan rakan pustakawan tertarik dengan koleksi novel zaman kanak-kanak seperti
Siri Penyiasatan Hadi, Asmah, dan kawan-kawan

Sebahagian daripada Koleksi Akhbar yang tedapat di PPZ

Naskhah risalah terbitan kerajaan berkenaan maklumat isu semasa untuk pelanggan

Tertarik dengan bahan Koleksi Belanda

Mengabadikan kenangan bersama pustakawan dan Ketua Perpustakaan Za'ba