Friday 28 July 2017

Perpustakaan ATMA di NadiBangi Online

Perpustakaan ATMA mempunyai beberapa koleksi unik yang menarik dalam pelbagai bidang alam dan ketamadunan Melayu. Salah satu daripadanya adalah Koleksi Saad Shukri yang mempunyai nilai terhadap penyelidikan bahasa Melayu dan adat orang Melayu.

Keunggulan koleksi ini kini telah berada di NadiBangi Online untuk dikongsi dengan masyarakat UKM dan Bangi. Bersamalah kita berbangga dan menggunakan koleksi perpustakaan kita sebaiknya.



Maklumat lanjut:
http://www.ukm.my/nbnews/sentuhan-saad-shukri-bahasa-melayu-dan-adat-berpisah-tiada/

Pameran Tulisan Jawi: Sebuah Warisan Budaya

Sepanjang bulan Julai 2017, Perpustakaan ATMA telah mengadakan pameran dengan tema Tulisan Jawi: Sebuah Warisan Budaya.

Tulisan jawi merupakan salah satu daripada warisan tak nyata bangsa Melayu yang penuh dengan keunikan dan sentuhan halus.

Semoga tulisan ini terus menjadi bukti ketamadunan bahasa Melayu dan keunggulan budaya bangsa Melayu.


Thursday 20 July 2017

Satu Hari di Hari Raya Perpustakaan ATMA 1438H

Perpustakaan ATMA telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 10 Julai 2017 bersamaan dengan 16 Syawal 1438H.

Sambutan dimeriahkan dengan kehadiran pelanggan perpustakaan, ahli akademik, pegawai dan kakitangan ATMA disamping mantan kakitangan yang pernah bertugas di Perpustakaan ATMA.

Semoga majlis ini mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan dan jalinan kemesraan di antara warga perpustakaan dengan semua pelanggan.























Wednesday 12 July 2017

Pameran Nilai Kiasan Dalam Peribahasa dan Pantun Melayu

Tidak ada penggunaan bahasa yang tidak mempunyai bahasa kiasan. Bahkan komuniti yang hidupnya terpencil dari peradaban lain dan juga komuniti yang dikatakan primitif kerana ahlinya belum mendapat manfaat dari peradaban moden juga memperlihatkan wujudnya bahasa kiasan dalam penggunaan bahasa seharian mereka.

Pameran Nilai Kiasan Dalam Peribahasa dan Pantun Melayu ini mengupas kehalusan bahasa berdasarkan adat, kepercayaan, nilai murni juga nasihat. Kesemua maklumat yang digunakan untuk pameran ini merujuk kepada bahan yang terdapat di Perpustakaan ATMA.

Semoga bermanfaat.