Thursday 9 November 2017

Warga Perpustakaan ATMA di Hari Sukan Perpustakaan UKM

Hari Sukan Perpustakaan UKM telah diadakan buat julung kalinya pada 4 November 2017 (Sabtu) bertempat di Stadium UKM anjuran Kelab Kebajikan Warga Perpustakaan UKM.

Sebahagian warga Perpustakaan ATMA yang memeriahkan program pada hari tersebut adalah Puan Siti Wahida Amanullah, Puan Noor Marina Yusof dan Puan Asmida Omar, manakala Encik Mohd Hafiffy Ghazali bertindak sebagai Urusetia (Crew) yang memastikan perjalanan program berjalan lancar.

Program yang menyokong Nic Gaya Hidup Sihat Perpustakaan UKM ini dilihat mengeratkan hubungan yang baik dikalangan warga perpustakaan sama ada yang berada di perpustakaan induk dan perpustakaan cabang melalui kerjasama dan semangat kesukanan yang tinggi. Warga Perpustakaan ATMA yang terlibat mewakili Rumah Bendahara (Biru) dan Laksamana (Hijau) turut menyumbang tenaga ketika acara perbarisan, acara balapan, lontar peluru, tarik tali selain acara berkumpulan seperti gelecek bola.

Semoga ramai lagi warga Perpustakaan ATMA akan turun padang pada acara atau program seperti ini pada masa akan datang.









Pameran Koleksi Khas Perpustakaan ATMA

Bersempena dengan Hari Bersama Pelanggan pada bulan Oktober dengan tema Klasik Dihargai, Digital Dikuasai, Perpustakaan ATMA telah mengadakan pameran Koleksi Khas, koleksi unik untuk dihargai, dihayati dan digunakan oleh pelanggan perpustakaan.




Wednesday 8 November 2017

Aktiviti Khidmat Masyarakat PATMA @ Anjung Santai, Kipmall, Bangi

Perpustakaan ATMA dengan kerjasama Perpustakaan Lingkungan Kedua, UKM telah mengadakan aktiviti khidmat masyarakat di Anjung Santai, Kipmall, Bangi pada hari Sabtu, 28 Oktober 2017.

Aktiviti terbuka kepada kanak-kanak berumur di antara 4 hingga 15 tahun, dengan permainan seperti Mencari Barang Tersembunyi, Belon Bertuah, Teka Berat Pisang, Cabutan Bertuah dan permainan santai yang terdapat di Anjung Santai.

Program ini penting untuk memupuk perasaan muhibah di antara warga perpustakaan dengan komuniti setempat selain melatih semangat kesukarelawan dikalangan warga perpustakaan.

Semoga program ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.