Monday 28 August 2017

Pameran 60Tahun Merdeka: Pejuang Bahasa Melayu Negaraku

Bersempena dengan bulan kemerdekaan, Perpustakaan ATMA mengambil inisiatif mengadakan pameran dengan tema kemerdekaan. Pameran 60 Tahun Merdeka: Pejuang Bahasa Melayu Negaraku ini akan berjalan sepanjang bulan Ogos hingga September 2017 di Perpustakaan ATMA.

Sesungguhnya, banyak tokoh dan pejuang bahasa yang kita miliki. Mereka berjuang demi memartabat dan memperkasakan bahasa Melayu. Ini merupakan sebahagian daripada tokoh dan pejuang berdasarkan bahan yang terdapat di perpustakaan.

Semoga bermanfaat dan mendatangkan kebaikan untuk semua.

Terima kasih buatmu pejuang!


Monday 21 August 2017

Koleksi Pilih Simpan Perpustakaan ATMA

Pengembangan koleksi perpustakaan saban tahun menyebabkan ruang perpustakaan menjadi semakin terhad.

Demi memudahkan urusan pelanggan, pihak Perpustakaan ATMA telah menjalankan projek pilih simpan terhadap bahan perpustakaan yang tidak dipinjam selama 10 (sepuluh) tahun. Bahan yang dikategorikan sebagai Koleksi Pilih Simpan ini diletakkan di Bilik Koleksi Padat Perpustakaan ATMA dan masih boleh dirujuk atau dipinjam berdasarkan permintaan pelanggan.

Fasa pertama projek ini bermula dengan bahan di bawah nombor panggilan bermula dengan huruf P sehingga Z. Projek ini bermula sepanjang tahun 2017 dan kini bahan di bawah nombor panggilan P telah berada di Koleksi Pilih Simpan Perpustakaan ATMA.