Thursday, 12 March 2020

Senarai Buku Baharu 2020

Perpustakaan ATMA memperolehi bahan melalui proses pembelian dan hadiah. Demi mengembangkan koleksi, kami mengalu-alukan cadangan pembelian bahan daripada pelanggan berdasarkan bidang ketamadunan Melayu.


Jika anda mempunyai bahan untuk disumbangkan kepada perpustakaan juga, kami amat menghargainya.

Berlampir adalah senarai buku pembelian dan hadiah sepanjang tahun 2020 yang telah diproses di Perpustakaan ATMA.


Januari-Februari 2020
Mac 2020
April 2020
Mei 2020
Jun 2020
Julai 2020
Ogos 2020
September 2020
Oktober 2020
November 2020
Disember 2020

Tuesday, 21 January 2020

Lawatan Pelajar Universitas Airlangga Surabaya ke Perpustakaan ATMA

Tanggal 16 Januari 2020, Perpustakaan ATMA telah dikunjungi oleh sekumpulan pelajar daripada Fakulti Sosial dan Sains Politik, Universitas Airlangga, Surabaya.

Pelajar tersebut dibawa melawat koleksi yang terdapat di Perpustakaan ATMA seperti Koleksi Khas, Koleksi NA Halim, Koleksi Sastera Sunda, Koleksi Bahasa Melayu dan koleksi terbuka lain.

Pelajar juga diterangkan berkenaan aspek perolehan bahan dan pemeliharaan selain perkhidmatan yang terdapat di Perpustakaan ATMA.

Semoga bermanfaat, dan selamat maju jaya!





Tahniah! Ketua Baharu Perpustakaan ATMA


Perpustakaan ATMA kini diketuai oleh Encik Shahruddin Shafri bermula pada 1 Januari 2020 setelah kenaikan pangkat beliau sebagai Penolong Ketua Pustakawan S48.

Tahniah dan selamat datang ke Perpustakaan ATMA!

Semoga dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh komited dalam memperkasakan koleksi dan perkhidmatan Perpustakaan ATMA.

Tuesday, 14 January 2020

Pelajar Latihan Industri UNISEL di Perpustakaan ATMA

Perpustakaan ATMA telah menerima seorang pelajar latihan industri daripada UNISEL, Cik Putri Nor Farhanah.

Pelajar tersebut telah menjalankan tugasan berkenaan kemasukan data latihan ilmiah dan membantu pengurusan bahan sumbangan daripada Prof. Madya Dr. Syukri Yeoh Abdullah, selain urusan perkhidmatan perpustakaan.

Terima kasih di atas sumbangan dan selamat maju jaya!





Wednesday, 18 December 2019

Selamat Bersara Ketua Perpustakaan ATMA, Puan Hamidah Erman

Puan Hamidah Erman telah bersara wajib pada 1 Disember 2019 setelah bertugas selama 3 tahun 7 bulan sebagai Ketua Perpustakaan ATMA. Puan Hamidah yang merupakan Pustakawan S48 telah menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang sepanjang perkhidmatan beliau di Perpustakaan ATMA mahupun Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM.

Beliau sering memberi nasihat supaya semua warga perpustakaan dapat menjalankan tugas dengan penuh ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Terima kasih di atas segala jasa baik dan akan menjadi kenangan buat semua. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik dan selamat menempuh alam persaraan.










\












Monday, 2 December 2019

Sumbangan Koleksi Peribadi Tuan Haji Abd Razak Hussin, Mantan Pendaftar UKM

Tanggal 22 November 2019, Tuan Haji Abd Razak Hussin, mantan Pendaftar UKM bersetuju untuk menyumbangkan koleksi peribadi beliau kepada Perpustakaan ATMA.

Koleksi peribadi beliau terdiri daripada buku pelbagai bidang terutama berkenaan bahasa, budaya, sejarah pendidikan negara dan ketamadunan Melayu.

Semoga sumbangan ini memperkasakan lagi khazanah ilmu yang terdapat di Perpustakaan ATMA.







Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan ATMA

Pada 21 Oktober 2019, Perpustakaan UKM telah mengadakan Hari Bersama Pelanggan bertempat di Dataran Tun Seri Lanang. Semua perpustakaan cabang yang bertempat di kampus Bangi turut terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Perpustakaan ATMA telah membuka booth dengan membawa koleksi unik perpustakaan yang terdiri daripada Koleksi Sastera Sunda, Koleksi Wiramanja, Koleksi NA Halim dan sebagainya.

Selain daripada itu, pelbagai permainan dan aktiviti dengan hadiah menarik turut disediakan kepada semua pelanggan yang melawat booth Perpustakaan ATMA.

Antara permainan yang mendapat sambutan adalah Kenali P. Ramlee, Bijak Peribahasa dan Simpulan Bahasa, Teka Silang Kata dan Bijak Jawi.

















Sumbangan Bahan Daripada Prof. Dr. Abdul Latif Samian, Felo Penyelidik Kanan ATMA

Yang Berbahagia Prof. Dr. Abdul Latif Samian, Felo Penyelidik Kanan ATMA telah menyumbang bahan daripada koleksi peribadi beliau kepada Perpustakaan Tun Seri Lanang dan Perpustakaan ATMA (bahan berkaitan alam dan ketamadunan Melayu).

Beliau yang merupakan mantan Pengarah ATMA juga bersetuju menyumbangkan naskhah tambahan koleksi beliau kepada perpustakaan lain di sekitar Lembah Kelang dengan pengurusan sepenuhnya kepada pihak Perpustakaan Tun Seri Lanang.





Wednesday, 13 November 2019

Slot Cita-Citaku Pustakawan Bersama Pustakawan ATMA

Pustakawan ATMA, Puan Siti Wahida Amanullah telah berkongsi pengalaman dan ilmu dalam slot berjudul Cita-Citaku Pustakawan dengan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Seremban pada 6 November 2019 bertempat di Siber@ptsl.

Kunjungan pengawas sumber berkenaan dalam satu Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber diharap memberi pendedahan dan motivasi kepada semua generasi baharu pengawas pusat sumber.