Wednesday, 12 July 2017

Pameran Nilai Kiasan Dalam Peribahasa dan Pantun Melayu

Tidak ada penggunaan bahasa yang tidak mempunyai bahasa kiasan. Bahkan komuniti yang hidupnya terpencil dari peradaban lain dan juga komuniti yang dikatakan primitif kerana ahlinya belum mendapat manfaat dari peradaban moden juga memperlihatkan wujudnya bahasa kiasan dalam penggunaan bahasa seharian mereka.

Pameran Nilai Kiasan Dalam Peribahasa dan Pantun Melayu ini mengupas kehalusan bahasa berdasarkan adat, kepercayaan, nilai murni juga nasihat. Kesemua maklumat yang digunakan untuk pameran ini merujuk kepada bahan yang terdapat di Perpustakaan ATMA.

Semoga bermanfaat.


Wednesday, 7 June 2017

Omong Pengarang: Faisal Tehrani (Cinta Hari-Hari Rusuhan)



Perpustakaan ATMA dengan kerjasama ATMA telah berjaya mengadakan sebuah program bicara buku iaitu Omong Pengarang bersama Faisal Tehrani dengan karya beliau yang berjudul Cinta Hari-Hari Rusuhan pada 22 Mei 2017 bertempat di Perpustakaan ATMA.

Kupasan isu-isu menarik dalam naskhah Cinta Hari-Hari Rusuhan menyebabkan waktu berlalu dengan pantas. Program menjadi lebih santai dan terbuka dengan soalan-soalan berkaitan isu semasa, isu sastera dan isu bahasa daripada pelbagai golongan yang hadir. Program ini bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Berjumpa lagi dalam siri seterusnya, Omong Pengarang@Perpustakaan ATMA.














Thursday, 25 May 2017

Bengkel Penyelidikan Perpustakaan ATMA

Pada 23 Mei 2017, Perpustakaan ATMA telah berjaya mengadakan Bengkel Penyelidikan Untuk Warga ATMA Siri 1.

Bengkel ini bertujuan untuk berkongsi dan memperkenalkan sumber maklumat yang berkaitan dengan bidang alam dan tamadun Melayu yang terdapat di Perpustakaan UKM khususnya  Perpustakaan ATMA.

Bengkel dihadiri oleh pelajar, penyelidik dan pegawai ATMA ini akan dijalankan secara bersiri untuk memenuhi keperluan pelanggan selain mendedahkan pelbagai sumber dan teknik pencarian bahan yang semakin berubah dari masa ke semasa.









Pameran Selintas Sejarah ATMA & Perpustakaan ATMA

Sempena penubuhan 47 tahun Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada bulan Mei, Perpustakaan ATMA mengadakan Pameran Selintas Sejarah ATMA & Perpustakaan ATMA. Pameran ini bertujuan untuk mengumpul maklumat berkenaan ATMA dan Perpustakaan ATMA selain mengimbas sejarah penubuhan, kegemilangan dan kepimpinan keduanya.

Friday, 19 May 2017

Program Jom Baca 10 Minit Perpustakaan ATMA

Tanggal 25 April setiap tahun merupakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia dan seluruh perpustakaan di Malaysia akan menganjurkan Program Jom Baca 10 Minit sebagai salah satu usaha menggalakkan budaya membaca dikalangan masyarakat. Bersempena dengan itu, Perpustakaan ATMA turut menjayakan program tersebut tepat pada jam 11.00 pagi. Program kali ini disertai oleh seramai tujuh belas orang pelanggan dan kakitangan perpustakaan sahaja. Namun demikian, hampir kesemua memberi maklumbalas positif tentang program ini dan beranggapan masa sepuluh minit itu begitu berharga apabila banyak maklumat yang diperolehi ketika membaca.

Monday, 17 April 2017

Pameran Sebuah Daerah Sastera Sunda: Koleksi Sastera Sunda

Pameran Sebuah Daerah Sastera Sunda diadakan sepanjang bulan April 2017, bertujuan untuk mempromosikan Koleksi Sastera Sunda yang terdapat di Perpustakaan ATMA.

Koleksi ini terdiri daripada novel picisan dalam bahasa Sunda terbitan tahun 1969-1975. Koleksi yang berjumlah 275 judul ini merupakan kumpulan bahan dalam bahasa Sunda yang terbesar berada di luar tanah Sunda.

Tuesday, 4 April 2017

Melawat Perpustakaan Peringatan Za'ba, Universiti Malaya


Jawatankuasa Kecil Nic Bahasa Melayu di Perpustakaan ATMA telah menganjurkan lawatan ke beberapa perpustakaan cabang dan khusus di Universiti Malaya (UM) pada 16 Mac 2017.

Lawatan pertama kami adalah ke Perpustakaan Cabang Pendeta Za'ba yang penubuhannya berilhamkan daripada penerimaan koleksi peribadi Pendeta Za'ba. Za'ba atau Tan Sri Dr. Zainal Abidin Ahmad merupakan seorang cendekiawan Melayu yang tidak asing lagi. Koleksi Za'ba terdiri daripada Kitab Ilmu Bahasa Melayu, Kita Rahsia Ejaan Jawi, Ilmu Mengarang, dan sebagainya.

Perpustakaan Peringatan Za'ba ini merupakan gabungan bahagian Koleksi Melayu dan Bahagian Koleksi Kebangsaan pada peringkat permulaannya. Kini, PPZ juga telah bergabung dengan Pusat Pengajian India, Asia Timur dan Arkib yang meluaskan lagi pembangunan dan pembentukan koleksi mereka. 

Kami dimaklumkan, koleksi peribadi merupakan koleksi asas kepada pembangunan PPZ ini. Justeru, mereka mempunyai banyak koleksi peribadi seperti Koleksi Ungku Aziz, Koleksi Pintado, Koleksi Swift, Koleksi Tuan Haji Mohd Said, Koleksi Firdaus, Koleksi Ibrahim Yahaya dan Koleksi Taib Osman.

Selain itu, PPZ juga mempunyai Koleksi Manuskrip seperti Sha'ir Agong, Hikayat Emas Jejolok dan Hikayat Badrul Mu'in. Koleksi Belanda dan Koleksi Peranakan (Tionghua) juga merupakan di antara keistimewaan PPZ.

Penunjuk arah koleksi peribadi di PPZ

Cenderahati sebagai tanda terima kasih

Susun atur menggunakan konsep yang minima dan kemas

Koleksi Ungku Aziz

Penulis dan rakan pustakawan tertarik dengan koleksi novel zaman kanak-kanak seperti
Siri Penyiasatan Hadi, Asmah, dan kawan-kawan

Sebahagian daripada Koleksi Akhbar yang tedapat di PPZ

Naskhah risalah terbitan kerajaan berkenaan maklumat isu semasa untuk pelanggan

Tertarik dengan bahan Koleksi Belanda

Mengabadikan kenangan bersama pustakawan dan Ketua Perpustakaan Za'ba