Monday, 21 August 2017

Koleksi Pilih Simpan Perpustakaan ATMA

Pengembangan koleksi perpustakaan saban tahun menyebabkan ruang perpustakaan menjadi semakin terhad.

Demi memudahkan urusan pelanggan, pihak Perpustakaan ATMA telah menjalankan projek pilih simpan terhadap bahan perpustakaan yang tidak dipinjam selama 10 (sepuluh) tahun. Bahan yang dikategorikan sebagai Koleksi Pilih Simpan ini diletakkan di Bilik Koleksi Padat Perpustakaan ATMA dan masih boleh dirujuk atau dipinjam berdasarkan permintaan pelanggan.

Fasa pertama projek ini bermula dengan bahan di bawah nombor panggilan bermula dengan huruf P sehingga Z. Projek ini bermula sepanjang tahun 2017 dan kini bahan di bawah nombor panggilan P telah berada di Koleksi Pilih Simpan Perpustakaan ATMA.




Friday, 28 July 2017

Perpustakaan ATMA di NadiBangi Online

Perpustakaan ATMA mempunyai beberapa koleksi unik yang menarik dalam pelbagai bidang alam dan ketamadunan Melayu. Salah satu daripadanya adalah Koleksi Saad Shukri yang mempunyai nilai terhadap penyelidikan bahasa Melayu dan adat orang Melayu.

Keunggulan koleksi ini kini telah berada di NadiBangi Online untuk dikongsi dengan masyarakat UKM dan Bangi. Bersamalah kita berbangga dan menggunakan koleksi perpustakaan kita sebaiknya.



Maklumat lanjut:
http://www.ukm.my/nbnews/sentuhan-saad-shukri-bahasa-melayu-dan-adat-berpisah-tiada/

Pameran Tulisan Jawi: Sebuah Warisan Budaya

Sepanjang bulan Julai 2017, Perpustakaan ATMA telah mengadakan pameran dengan tema Tulisan Jawi: Sebuah Warisan Budaya.

Tulisan jawi merupakan salah satu daripada warisan tak nyata bangsa Melayu yang penuh dengan keunikan dan sentuhan halus.

Semoga tulisan ini terus menjadi bukti ketamadunan bahasa Melayu dan keunggulan budaya bangsa Melayu.


Thursday, 20 July 2017

Satu Hari di Hari Raya Perpustakaan ATMA 1438H

Perpustakaan ATMA telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 10 Julai 2017 bersamaan dengan 16 Syawal 1438H.

Sambutan dimeriahkan dengan kehadiran pelanggan perpustakaan, ahli akademik, pegawai dan kakitangan ATMA disamping mantan kakitangan yang pernah bertugas di Perpustakaan ATMA.

Semoga majlis ini mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan dan jalinan kemesraan di antara warga perpustakaan dengan semua pelanggan.























Wednesday, 12 July 2017

Pameran Nilai Kiasan Dalam Peribahasa dan Pantun Melayu

Tidak ada penggunaan bahasa yang tidak mempunyai bahasa kiasan. Bahkan komuniti yang hidupnya terpencil dari peradaban lain dan juga komuniti yang dikatakan primitif kerana ahlinya belum mendapat manfaat dari peradaban moden juga memperlihatkan wujudnya bahasa kiasan dalam penggunaan bahasa seharian mereka.

Pameran Nilai Kiasan Dalam Peribahasa dan Pantun Melayu ini mengupas kehalusan bahasa berdasarkan adat, kepercayaan, nilai murni juga nasihat. Kesemua maklumat yang digunakan untuk pameran ini merujuk kepada bahan yang terdapat di Perpustakaan ATMA.

Semoga bermanfaat.


Wednesday, 7 June 2017

Omong Pengarang: Faisal Tehrani (Cinta Hari-Hari Rusuhan)



Perpustakaan ATMA dengan kerjasama ATMA telah berjaya mengadakan sebuah program bicara buku iaitu Omong Pengarang bersama Faisal Tehrani dengan karya beliau yang berjudul Cinta Hari-Hari Rusuhan pada 22 Mei 2017 bertempat di Perpustakaan ATMA.

Kupasan isu-isu menarik dalam naskhah Cinta Hari-Hari Rusuhan menyebabkan waktu berlalu dengan pantas. Program menjadi lebih santai dan terbuka dengan soalan-soalan berkaitan isu semasa, isu sastera dan isu bahasa daripada pelbagai golongan yang hadir. Program ini bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Berjumpa lagi dalam siri seterusnya, Omong Pengarang@Perpustakaan ATMA.














Thursday, 25 May 2017

Bengkel Penyelidikan Perpustakaan ATMA

Pada 23 Mei 2017, Perpustakaan ATMA telah berjaya mengadakan Bengkel Penyelidikan Untuk Warga ATMA Siri 1.

Bengkel ini bertujuan untuk berkongsi dan memperkenalkan sumber maklumat yang berkaitan dengan bidang alam dan tamadun Melayu yang terdapat di Perpustakaan UKM khususnya  Perpustakaan ATMA.

Bengkel dihadiri oleh pelajar, penyelidik dan pegawai ATMA ini akan dijalankan secara bersiri untuk memenuhi keperluan pelanggan selain mendedahkan pelbagai sumber dan teknik pencarian bahan yang semakin berubah dari masa ke semasa.