Monday, 2 December 2019

Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan ATMA

Pada 21 Oktober 2019, Perpustakaan UKM telah mengadakan Hari Bersama Pelanggan bertempat di Dataran Tun Seri Lanang. Semua perpustakaan cabang yang bertempat di kampus Bangi turut terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Perpustakaan ATMA telah membuka booth dengan membawa koleksi unik perpustakaan yang terdiri daripada Koleksi Sastera Sunda, Koleksi Wiramanja, Koleksi NA Halim dan sebagainya.

Selain daripada itu, pelbagai permainan dan aktiviti dengan hadiah menarik turut disediakan kepada semua pelanggan yang melawat booth Perpustakaan ATMA.

Antara permainan yang mendapat sambutan adalah Kenali P. Ramlee, Bijak Peribahasa dan Simpulan Bahasa, Teka Silang Kata dan Bijak Jawi.

















Sumbangan Bahan Daripada Prof. Dr. Abdul Latif Samian, Felo Penyelidik Kanan ATMA

Yang Berbahagia Prof. Dr. Abdul Latif Samian, Felo Penyelidik Kanan ATMA telah menyumbang bahan daripada koleksi peribadi beliau kepada Perpustakaan Tun Seri Lanang dan Perpustakaan ATMA (bahan berkaitan alam dan ketamadunan Melayu).

Beliau yang merupakan mantan Pengarah ATMA juga bersetuju menyumbangkan naskhah tambahan koleksi beliau kepada perpustakaan lain di sekitar Lembah Kelang dengan pengurusan sepenuhnya kepada pihak Perpustakaan Tun Seri Lanang.





Wednesday, 13 November 2019

Slot Cita-Citaku Pustakawan Bersama Pustakawan ATMA

Pustakawan ATMA, Puan Siti Wahida Amanullah telah berkongsi pengalaman dan ilmu dalam slot berjudul Cita-Citaku Pustakawan dengan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Seremban pada 6 November 2019 bertempat di Siber@ptsl.

Kunjungan pengawas sumber berkenaan dalam satu Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber diharap memberi pendedahan dan motivasi kepada semua generasi baharu pengawas pusat sumber.




Lawatan Ketua Perpustakaan Cabang Baharu: Puan Rosnah Yusof

Pada 9 Oktober 2019, Puan Rosnah Yusof yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pustakawan Kanan (S54) sekaligus menjadi Ketua Perpustakaan Cabang Kampus Bangi telah melawat Perpustakaan ATMA.

Dalam lawatan tersebut, beliau yang akan bersara pada wajib pada 24 Oktober 2019 berkongsi ilmu dan memberi kata semangat kepada warga Perpustakaan ATMA untuk meneruskan perkhidmatan perpustakaan dengan lebih berkualiti. Beliau juga mengambil tindakan terhadap beberapa perkara berkenaan dengan kemudahan perpustakaan selain cadangan penambahbaikan untuk kebaikan warga perpustakaan.

Terima kasih Puan Rosnah Yusof, semoga dalam kebaikan dan keberkatan dunia dan akhirat.




Friday, 9 August 2019

Dua Wakil Perpustakaan ATMA di Kursus Pembaikan Tisu@PTSL

Puan Asmida Omar dan Encik Mohd Firdaus Mhd Taha, dua orang kakitangan daripada Perpustakaan ATMA telah berpeluang untuk menyertai Kursus Pembaikan Tisu yang berlangsung di Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), UKM pada 4-5 Julai 2019.

Aktiviti pemuliharaan terbahagi kepada pelbagai seperti jilidan, pembaikan dan penyelenggaraan. Tetapi kursus ini memberi penekanan kepada aspek pemuliharaan bahan yang salah satu daripadanya menggunakan teknik pembaikan tisu. Kebanyakan bahan manuskrip yang dibaikpulih secara teknik ini merupakan manuskrip yang berkeadaan reput dan rapuh kertasnya serta mempunyai tulisan yang dakwat kembang.

Kursus ini berjaya memberi pendedahan kepada warga perpustakaan tentang kepentingan bahan nadir atau manuskrip dikawalselia dengan baik mengikut piawaian tertentu.





Rumah Terbuka Aidilfitri@Perpustakaan ATMA

Sempena sambutan Aidilfitri, Perpustakaan ATMA telah mengadakan Rumah Terbuka@PATMA pada 1 Julai 2019.

Seperti kebiasaan, menu tradisional Melayu diketengahkan sebagai juadah kepada tetamu yang diraikan.

Alhamdulillah, apa yang penting dalam suasana rumah terbuka adalah jalinan kemesraan dan ukhuwah di antara ahli akademik, pelajar, rakan sejawat dengan warga Perpustakaan ATMA dapat diperkukuhkan.

Semoga bertemu lagi di Syawal tahun hadapan. Insyallah.