Tuesday, 10 October 2017

Hari Bersama Pelanggan 2017

Hari Bersama Pelanggan (HBP) telah diadakan pada 10 Oktober 2017 di Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (PATMA) dari jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang. Ia merupakan kesinambungan Hari Bersama Pelanggan yang diadakan setiap tahun di perpustakaan. Tema HBP pada tahun ini adalah “Digital Dikuasai, Klasik Dihargai”. Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk memberi penghargaan kepada pelanggan yang telah banyak menyokong aktiviti perpustakaan. Antaranya :
  • Explorasi Maklumat@Patma
  • Warisan Tulisan Jawi
  • Warisan Pantun Melayu
  • Kenali P. Ramlee
  • Belon Bertuah
  • Pameran Koleksi Khas
  • Sesi Santai@Patma
  • Sudut RM1 (Derma dan Amal)
Secara keseluruhan, aktiviti HBP di Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu telah dapat dilaksanakan dengan penuh ceria dan sangat meriah. Para pemenang telah menerima hadiah seperti hamper, alat tulis, buku, novel dan pelbagai cenderamata. 




Explorasi Maklumat@Patma






Warisan Pantun Melayu

 

Tempat Pertama


Tempat Kedua


Tempat Ketiga




Warisan Tulisan Jawi




Belon Bertuah





Kenali P.Ramlee

Monday, 2 October 2017

Audit 5S Perpustakaan ATMA

Pada 29 September 2017, Perpustakaan ATMA telah di audit oleh Puan Fatimah Kamilah dan Puan Maslia Manshor, Pustakawan dari Perpustakaan Tun Seri Lanang.

Keseluruhan Perpustakaan ATMA iaitu Zon Ibnu Rusydi di audit dari segi kekemasan, kebersihan, kemudahan pencarian fail, persekitaran fizikal dan keselamatan.

Ketua Zon Ibnu Rusydi, Puan Siti Wahida Amanullah dan kesemua warga Perpustakaan ATMA memberi kerjasama yang baik sepanjang proses audit dijalankan.








Thursday, 21 September 2017

Ramah Mesra Ketua Pustakawan UKM Bersama Warga Perpustakaan ATMA

Tanggal 20 September 2017, menjadi ingatan kepada warga Perpustakaan ATMA apabila Ketua Pustakawan UKM yang baharu, Encik Wan Shuhaimi Ariffin telah meluangkan masa untuk sesi ramah mesra bersama kami.

Dalam sesi ramah mesra secara santai itu, Encik Wan Shuhaimi memberikan nasihat, pandangan dan semangat kepada semua warga kerja perpustakaan dalam meningkatkan produktiviti dan motivasi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Malahan, dorongan untuk meningkatkan kerjaya individu ke tahap yang lebih baik juga menjadi di antara input yang positif.

Semoga semua warga perpustakaan mendapat impak daripada pertemuan ini.






Gotong-Royong 5S Perpustakaan ATMA

Zon 5S Perpustakaan ATMA dikenali dengan Zon Ibnu Rusydi telah menjalankan aktiviti gotong-royong pada 18 September 2017.

Aktiviti gotong-royong kali ini memfokuskan Bilik Koleksi Khas dan semua rak di Perpustakaan ATMA.

Sekiranya pelanggan masih menjumpai sebarang kesan habuk atau kotoran, maklumkan kepada kami demi kesejahteraan kita bersama.

Jangan lupa, demi kesejahteraan bahan kita juga ya!







Wednesday, 20 September 2017

Koleksi Sastera Sunda di Buletin PPM

Koleksi Sastera Sunda merupakan salah satu daripada keunikan bahan yang terdapat di Perpustakaan ATMA. Naskhah retro ini menanti para penyelidik atau sukarelawan yang sudi menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu.

Maklumat lanjut berkenaan bahan ini telah diterbitkan dalam Buletin Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM).

https://beritappm.wordpress.com/2017/09/19/sebuah-daerah-sastera-sunda/

Sebahagian Koleksi Sastera Sunda di Perpustakaan ATMA

Friday, 8 September 2017

Senarai Bahan 2017 di Perpustakaan ATMA

Perpustakaan ATMA memperolehi bahan melalui proses pembelian dan hadiah. Demi mengembangkan koleksi, kami mengalu-alukan cadangan pembelian bahan daripada pelanggan berdasarkan bidang ketamadunan Melayu.

Jika anda mempunyai bahan untuk disumbangkan kepada perpustakaan juga, kami amat menghargainya.

Berlampir adalah senarai buku pembelian, hadiah dan Koleksi N.A. Halim (bahan kebelakangan) sepanjang Januari hingga kini yang telah diproses di Perpustakaan ATMA.


Semoga bermanfaat untuk semua!

Monday, 28 August 2017

Pameran 60Tahun Merdeka: Pejuang Bahasa Melayu Negaraku

Bersempena dengan bulan kemerdekaan, Perpustakaan ATMA mengambil inisiatif mengadakan pameran dengan tema kemerdekaan. Pameran 60 Tahun Merdeka: Pejuang Bahasa Melayu Negaraku ini akan berjalan sepanjang bulan Ogos hingga September 2017 di Perpustakaan ATMA.

Sesungguhnya, banyak tokoh dan pejuang bahasa yang kita miliki. Mereka berjuang demi memartabat dan memperkasakan bahasa Melayu. Ini merupakan sebahagian daripada tokoh dan pejuang berdasarkan bahan yang terdapat di perpustakaan.

Semoga bermanfaat dan mendatangkan kebaikan untuk semua.

Terima kasih buatmu pejuang!