Wednesday, 31 October 2018

Pameran Apa Ada Pada Bahasa Melayu


Perpustakaan mengadakan Pameran Apa Ada Pada Bahasa Melayu bermula bulan Oktober 2018 bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan.

Pameran ini juga bertujuan untuk mempromosi koleksi baharu perpustakaan iaitu Koleksi Bahasa Melayu. Kesemua bahan pameran adalah merujuk kepada koleksi tersebut.

Terukirnya bahasa Melayu adalah untuk menandakan identiti bangsa Melayu. Kitalah yang seharusnya bersama memartabatkan bahasa kita.


Thursday, 18 October 2018

Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan ATMA

Perpustakaan ATMA telah mengadakan Hari Bersama Pelanggan pada 16 Oktober 2018 bertempat di Dataran Tun Seri Lanang, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM.

Konsep tahun ini berlainan dan julung kali diadakan di luar daripada ruang Perpustakaan ATMA sendiri. Kami telah membawa beberapa koleksi unik perpustakaan seperti Koleksi Sastera Sunda, Koleksi Saad Shukri, Koleksi Wiramanja, Koleksi WHWT, Koleksi N.A. Halim, Koleksi Khas dan Koleksi Bahasa Melayu untuk dipamerkan kepada pelanggan Perpustakaan UKM.

Ruang pameran Perpustakaan ATMA dikunjungi oleh ramai pelanggan yang kebanyakan masih tidak menyedari kewujudan perpustakaan khusus ini. Rata-rata pengunjung menzahirkan rasa bangga kerana terdapat bahan ilmiah yang memelihara bidang alam dan ketamadunan Melayu, malahan jumlah statistik pengunjung perpustakaan sedikit meningkat kerana dikunjungi oleh pelanggan yang baharu sedar tentang lokasi Perpustakaan ATMA.

Selain pameran bahan, kami juga menjalankan aktiviti promosi untuk menambah keahlian Facebook Perpustakaan ATMA dengan permainan Cabutan Bertuah, Teka Gula-Gula dan Biskut Kelapa.

Mudahan berjumpa lagi di tahun hadapan.













Monday, 3 September 2018

Kunjungan Mantan Pengarah DBP ke Koleksi Bahasa Melayu, Perpustakaan ATMA

Sempena dengan Wacana Nilai Bahasa Melayu di China yang dianjurkan oleh pihak ATMA pada 28 Ogos 2018, Perpustakaan ATMA menerima kunjungan daripada panel wacana tersebut iaitu YBhg. Datuk Dr. Awang Sariyan dan Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah.

Datuk Dr. Awang Sariyan yang kini bertugas di ISTAC, IIUM dan merupakan mantan Pengarah DBP terkenal sebagai tokoh dan pencinta bahasa Melayu melahirkan rasa bangga beliau dengan kewujudan Koleksi Bahasa Melayu di Perpustakaan ATMA. Beliau juga turut menyumbang beberapa naskhah karya beliau untuk koleksi tersebut.

Manakala Prof. Dr Ridhuan Tee Abdullah yang bertugas di UNISZA pula berharap promosi tentang koleksi ini dapat dipertingkatkan supaya tidak sekadar dirujuk oleh masyarakat kampus UKM malahan sekitarnya juga.



Monday, 20 August 2018

Kumpulan Inovasi Perpustakaan ATMA di Bengkel Pengurusan Kejat

Kumpulan Tamadun merupakan satu-satunya kumpulan inovasi yang mewakili Perpustakaan ATMA. Kumpulan Tamadun dianggotai oleh kesemua pegawai dan kakitangan Perpustakaan ATMA. Kumpulan kami telah menghadiri Bengkel Pengurusan Kejat yang diadakan pada 6 Ogos 2018 bertempat di Bilik Bengkel Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM), UKM.

Kami didedahkan dengan peralatan dan kaedah yang perlu dilaksanakan dalam menjayakan projek kejat yang dijalankan. Bengkel ini akan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan projek kami mencapai sasaran yang dirancang.


Tuesday, 17 July 2018

Makan-Makan Raya@PATMA

Perpustakaan ATMA telah mengadakan Majlis Makan-Makan Raya pada 9 Julai 2018. Majlis ini bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri selain merapatkan hubungan mesra di antara warga perpustakaan dengan kesemua pelanggan perpustakaan sama ada di kalangan ahli akademik, penyelidik, pegawai, kakitangan mahupun pelajar UKM.












Wednesday, 27 June 2018

Pameran Natrah (1937-2009): Cinta, Rusuhan, Air Mata

Natrah adalah kisah cinta dua insan yang agung yang menyatu dengan kisah cinta bangsa Melayu kepada agamanya hingga mencetus rusuhan yang tragis di Singapura pada tahun 1950.

Perpustakaan ATMA memilih untuk mengadakan pameran tentang Natrah memandangkan kisah menjadi satu tragedi yang boleh dihayati dan dipelajari, malah lebih penting membuktikan perpaduan seluruh umat Islam. Kesemua maklumat diperolehi hasil daripada bahan yang terdapat di Perpustakaan ATMA.

"Di tengah kehangatan kisah perbicaraan Natrah di Singapura, majalah Qalam menyiarkan gambar lukisan yang menunjukkan al-Quran terlepas dari tangan Natrah yang duduk bersimpuh. Maknanya sangat mendalam. Saya yang berusia lapan tahun pun faham..." - Tan Sri Adam Kadir, Mantan Yang Dipertua Dewan Negara.

Semoga pameran ini memberi manfaat dan kebaikan untuk semua!

Salam lebaran dari warga Perpustakaan ATMA.


 

Monday, 28 May 2018

Program Tadarus Sempena Ramadan1439

Perpustakaan UKM telah mengadakan program tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan 1439H. Program ini melibatkan kesemua warga perpustakaan termasuk perpustakaan cabang. Perpustakaan ATMA tidak terkecuali dalam usaha #tamakpahala ini.

Insya-Allah, semoga dengan program ini, mendidik jiwa warga perpustakaan dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik dengan sahsiah diri yang mulia dan berbudi pekerti sesuai dengan tuntutan Al-Quran.

Salam Dunia! Sayang Ramadan!