Wednesday 15 March 2017

Pameran Koleksi Saad Shukri: Bahasa Melayu dan Adat Berpisah Tiada

Perpustakaan UKM telah membentuk sebuah Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Melayu dengan tanggungjawab besar diberikan kepada Perpustakaan ATMA.

Jawatankuasa ini bertujuan untuk memperkasakan koleksi bahasa Melayu Perpustakaan UKM secara amnya, dan koleksi bidang bahasa Melayu Perpustakaan ATMA secara khususnya.

Pameran bertema di Perpustakaan ATMA merupakan salah satu daripada aktiviti promosi memartabatkan bahasa Melayu yang dijalankan oleh ahli jawatankuasa ini.

Pameran Koleksi Saad Shukri: Bahasa Melayu dan Adat Berpisah Tiada ini mengupas maklumat atau khazanah ilmu yang terkandung dalam sebahagian naskhah sumbangan beliau yang berada di Perpustakaan ATMA.

Pameran ini juga diadakan untuk memastikan setiap koleksi unik yang berada di perpustakaan ATMA dapat diketahui, dikongsi dan dimanfaatkan secara maksimum oleh semua warga universiti.




No comments:

Post a Comment