Wednesday 2 May 2018

Kumpulan Tamadun Perpustakaan ATMA di Konvensyen Team Excellence Perpustakaan UKM

Pada 16 April 2018, Kumpulan Tamadun dari Perpustakaan ATMA telah bertanding dalam Konvensyen Team Excellence Perpustakaan ATMA dengan projek penambahbaikan proses kerja penyusunan bahan perpustakaan menggunakan kaedah pengurusan kejat.

Kumpulan telah mempersembahkan cara penyusunan bahan yang dipendekkan dengan menggunakan kaedah kaizen dan mendapat tempat ketiga dalam konvensyen tersebut. Penambahbaikan ini demi memenuhi matlamat memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan perpustakaan melalui moto projek kami, 'Susun Cepat Pelanggan Suka, Susun Lambat Pelanggan Kecewa'.

Kumpulan juga telah berjaya mendapat Anugerah Pembentang Terbaik, dimana kaedah persembahan telah dijaya dengan lakonan daripada kakitangan Perpustakaan ATMA iaitu Encik Mohd Hafiffy Ghazali dan Encik Hamzah Jahid. Manakala pembentang yang mewakili Kumpulan Tamadun pula adalah Puan Siti Wahida Amanullah dan Encik Mohd Firdaus Mhd Thaha.

Semoga dengan kejayaan ini menaikkan lagi semangat ahli kumpulan untuk menghasilkan projek inovasi dan penambahbaikan yang lebih baik dimasa hadapan.

 Tahniah untuk semua ahli Kumpulan Tamadun dan fasilitator kami, Puan Hamidah Erman, merangkap Ketua Perpustakaan ATMA.






No comments:

Post a Comment