Thursday, 25 May 2017

Pameran Selintas Sejarah ATMA & Perpustakaan ATMA

Sempena penubuhan 47 tahun Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada bulan Mei, Perpustakaan ATMA mengadakan Pameran Selintas Sejarah ATMA & Perpustakaan ATMA. Pameran ini bertujuan untuk mengumpul maklumat berkenaan ATMA dan Perpustakaan ATMA selain mengimbas sejarah penubuhan, kegemilangan dan kepimpinan keduanya.

Friday, 19 May 2017

Program Jom Baca 10 Minit Perpustakaan ATMA

Tanggal 25 April setiap tahun merupakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia dan seluruh perpustakaan di Malaysia akan menganjurkan Program Jom Baca 10 Minit sebagai salah satu usaha menggalakkan budaya membaca dikalangan masyarakat. Bersempena dengan itu, Perpustakaan ATMA turut menjayakan program tersebut tepat pada jam 11.00 pagi. Program kali ini disertai oleh seramai tujuh belas orang pelanggan dan kakitangan perpustakaan sahaja. Namun demikian, hampir kesemua memberi maklumbalas positif tentang program ini dan beranggapan masa sepuluh minit itu begitu berharga apabila banyak maklumat yang diperolehi ketika membaca.

Monday, 17 April 2017

Pameran Sebuah Daerah Sastera Sunda: Koleksi Sastera Sunda

Pameran Sebuah Daerah Sastera Sunda diadakan sepanjang bulan April 2017, bertujuan untuk mempromosikan Koleksi Sastera Sunda yang terdapat di Perpustakaan ATMA.

Koleksi ini terdiri daripada novel picisan dalam bahasa Sunda terbitan tahun 1969-1975. Koleksi yang berjumlah 275 judul ini merupakan kumpulan bahan dalam bahasa Sunda yang terbesar berada di luar tanah Sunda.

Tuesday, 4 April 2017

Melawat Perpustakaan Peringatan Za'ba, Universiti Malaya


Jawatankuasa Kecil Nic Bahasa Melayu di Perpustakaan ATMA telah menganjurkan lawatan ke beberapa perpustakaan cabang dan khusus di Universiti Malaya (UM) pada 16 Mac 2017.

Lawatan pertama kami adalah ke Perpustakaan Cabang Pendeta Za'ba yang penubuhannya berilhamkan daripada penerimaan koleksi peribadi Pendeta Za'ba. Za'ba atau Tan Sri Dr. Zainal Abidin Ahmad merupakan seorang cendekiawan Melayu yang tidak asing lagi. Koleksi Za'ba terdiri daripada Kitab Ilmu Bahasa Melayu, Kita Rahsia Ejaan Jawi, Ilmu Mengarang, dan sebagainya.

Perpustakaan Peringatan Za'ba ini merupakan gabungan bahagian Koleksi Melayu dan Bahagian Koleksi Kebangsaan pada peringkat permulaannya. Kini, PPZ juga telah bergabung dengan Pusat Pengajian India, Asia Timur dan Arkib yang meluaskan lagi pembangunan dan pembentukan koleksi mereka. 

Kami dimaklumkan, koleksi peribadi merupakan koleksi asas kepada pembangunan PPZ ini. Justeru, mereka mempunyai banyak koleksi peribadi seperti Koleksi Ungku Aziz, Koleksi Pintado, Koleksi Swift, Koleksi Tuan Haji Mohd Said, Koleksi Firdaus, Koleksi Ibrahim Yahaya dan Koleksi Taib Osman.

Selain itu, PPZ juga mempunyai Koleksi Manuskrip seperti Sha'ir Agong, Hikayat Emas Jejolok dan Hikayat Badrul Mu'in. Koleksi Belanda dan Koleksi Peranakan (Tionghua) juga merupakan di antara keistimewaan PPZ.

Penunjuk arah koleksi peribadi di PPZ

Cenderahati sebagai tanda terima kasih

Susun atur menggunakan konsep yang minima dan kemas

Koleksi Ungku Aziz

Penulis dan rakan pustakawan tertarik dengan koleksi novel zaman kanak-kanak seperti
Siri Penyiasatan Hadi, Asmah, dan kawan-kawan

Sebahagian daripada Koleksi Akhbar yang tedapat di PPZ

Naskhah risalah terbitan kerajaan berkenaan maklumat isu semasa untuk pelanggan

Tertarik dengan bahan Koleksi Belanda

Mengabadikan kenangan bersama pustakawan dan Ketua Perpustakaan Za'ba






Wednesday, 15 March 2017

Di sebalik whwt: Penempatan dan Penyusunan Semula

Perpustakaan ATMA telah mewujudkan ruang khas untuk kesemua koleksi sumbangan Profesor Emeritus Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh. Koleksi beliau kini berada di Bilik Koleksi Rujukan dan bahan boleh dipinjam seperti bahan Koleksi Am.

Beliau merupakan mantan Pengarah ATMA pada tahun 1993 hingga 1994. Bidang penyelidikan dan penulisan yang fokus kepada Pembangunan & Transformasi Masyarakat Desa, Peneroka bidang kajian Melayu Diaspora dan Pejuang Gerila Force 136, dan banyak lagi.

Kesemua bahan beliau bermula dengan awalan whwt.

Proses pencarian bahan whwt di rak Koleksi Am

Proses penyusunan semula bahan mengikut nombor panggilan

Koleksi Sumbangan WHWT telah disusun di rak sebenar

Poster berkenaan penyumbang untuk maklumat pelanggan

Tanda pemakluman tentang koleksi tersebut di Perpustakaan ATMA

Pameran Koleksi Saad Shukri: Bahasa Melayu dan Adat Berpisah Tiada

Perpustakaan UKM telah membentuk sebuah Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Melayu dengan tanggungjawab besar diberikan kepada Perpustakaan ATMA.

Jawatankuasa ini bertujuan untuk memperkasakan koleksi bahasa Melayu Perpustakaan UKM secara amnya, dan koleksi bidang bahasa Melayu Perpustakaan ATMA secara khususnya.

Pameran bertema di Perpustakaan ATMA merupakan salah satu daripada aktiviti promosi memartabatkan bahasa Melayu yang dijalankan oleh ahli jawatankuasa ini.

Pameran Koleksi Saad Shukri: Bahasa Melayu dan Adat Berpisah Tiada ini mengupas maklumat atau khazanah ilmu yang terkandung dalam sebahagian naskhah sumbangan beliau yang berada di Perpustakaan ATMA.

Pameran ini juga diadakan untuk memastikan setiap koleksi unik yang berada di perpustakaan ATMA dapat diketahui, dikongsi dan dimanfaatkan secara maksimum oleh semua warga universiti.




Pameran Khazanah Dialek Melayu


Pameran Khazanah Dialek Melayu sedang diadakan di Perpustakaan ATMA dengan tujuan untuk berkongsi bahan-bahan berkenaan bidang pengkajian dialek Melayu yang berada di perpustakaan.

Pameran ini juga merupakan salah satu daripada aktiviti promosi Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Melayu yang telah dibentuk oleh Perpustakaan UKM.