Buku terbitan tahun 1972 ini
untuk memberi panduan kepada para pendidik untuk melatih kanak-kanak bercakap
dalam bahasa Melayu bukan sahaja kemahiran menulis dan membaca malahan melalui
pelajaran lisan. Terdapat di Perpustakaan ATMA dengan nombor panggilan
PL5079.M3.O6 8
Monday, 28 November 2016
Unsur etnosains Malayonesia dalam Bahasa Melayu sejak abad ke-5 masihi / editor, Shaharir Mohamad Zain.
Memfokuskan tentang etnosains
Melayu yang telah bermula sejak abad kelima Masihi lagi dan berkembang sehingga
sekarang. Merupakan kumpulan makalah dalam bidang sains dan matematik yang
berpandukan warisan tamadun berbahasa Melayu. Terdapat di Perpustakaan ATMA
dengan nombor panggilan PL 5070.U537 8
Monday, 21 November 2016
Audit Dalaman Sistem Persekitaran Berkualiti (SPB) (5S) Perpustakaan
Audit
Dalaman Sistem Persekitaran Berkualiti (SPB) (5S) Perpustakaan telah diadakan
pada 21 November 2016 di Perpustakaan ATMA. Tujuan audit dalaman
ini dijalankan adalah untuk memastikan aktiviti-aktiviti 5S diamalkan oleh
seluruh warga perpustakaan dan dijalankan secara sistematik dan berterusan.
Auditor yang ditugaskan untuk
mengaudit Perpustakaan ATMA adalah Cik Athirah Omar yang menggantikan Puan
Norbaizura Malek. Audit dijalankan di setiap aras perpustakaan. Antara lokasi
yang dilawati oleh auditor adalah Bilik Koleksi Khas, Koleksi Am, ruang fail
dan lain-lain.
Wednesday, 16 November 2016
Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan ATMA 2016
Hari Bersama
Pelanggan telah diadakan pada 16 November 2016 di Perpustakaan Alam dan Tamadun
Melayu (PATMA) dari jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang. Hari Bersama Pelanggan diadakan
sempena aktiviti Pembudayaan Ilmu Perpustakaan UKM 2016. Ia merupakan
kesinambungan Hari Bersama Pelanggan yang diadakan setiap tahun di perpustakaan.
Aktiviti ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada pelanggan yang telah
banyak menyokong aktiviti perpustakaan. Pelbagai aktiviti menarik telah
diadakan seperti Menang, Kalah dan Seri
(Cabaran Peribahasa), Cabaran Teka Saya (Cari Simpulan Bahasa), Kenali P.Ramlee,
Sudut RM1 (Derma dan Amal), Belon Bertuah, Sembang Teh Tarik dan Selfie
#sayasayangpatma. Sembang Teh Tarik merupakan aktiviti yang pertama kali
diadakan pada Hari Bersama Pelanggan 2016. Konsep perbincangan secara santai
ini telah dihadiri oleh ahli akademik, pegawai ATMA, pelajar dan penyelidik
dengan jumlah keseluruhan sebanyak 13 orang. Wakil daripada Perpustakaan Tun Seri
Lanang (PTSL) juga turut dijemput iaitu Encik Harith Faruqi Sidek, Puan
Shaizimah Badzri dan Puan Rohalia Mohd Rohani. Perbincangan dan perkongsian dalam
Sembang Teh Tarik adalah berkisar tentang e-Rep, isu penerbitan dan
perkhidmatan perpustakaan. Secara keseluruhan, aktiviti Hari Bersama Pelanggan di
Perpustakaan ATMA telah dapat dilaksanakan dengan ceria dan meriah. Para
pemenang telah menerima hamper, alat tulis, buku dan pelbagai cenderamata. Pelanggan
yang mengisi Maklumbalas Kepuasan Pelanggan Perpustakaan UKM secara online juga tidak pulang dengan tangan
kosong, mereka juga menerima cenderamata berupa pen dan buku nota.
Cabaran Teka Saya (Cari Simpulan Bahasa)
Belon Bertuah
Menang, Kalah dan Seri (Cabaran Peribahasa)
Sembang Teh Tarik
Selfie #sayasayangpatma
Para Pemenang Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan ATMA 2016
Thursday, 10 November 2016
Wednesday, 9 November 2016
Aktiviti Gotong Royong di Perpustakaan ATMA
Satu aktiviti
gotong royong telah dijalankan di Perpustakaan ATMA pada 9 November 2016 bagi
membuat persediaan/persiapan untuk menghadapi Audit Dalaman Sistem Persekitaran Berkualiti
(SPB) (5S) Perpustakaan Bil 2/2016 yang akan diadakan pada 21 November 2016. Gotong royong telah dijalankan di setiap aras Perpustakaan ATMA.
Friday, 4 November 2016
Segunung Budi Selautan Kenangan : Dedikasi Istimewa untuk Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Hj. Omar
Buku Segunung Budi Selautan
Kenangan ini merupakan sebuah terbitan khas Jabatan Linguistik Melayu sempena
persaraan Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar yang memuatkan 16 buah
artikel hasil tulisan anak didik beliau yang merentasi pelbagai disiplin
linguistik mengikut kepakaran masing-masing. Buku ini terdapat di Perpustakaan
ATMA dengan nombor panggilan PL5065.S43 8.
Subscribe to:
Posts (Atom)























