Wednesday, 16 November 2016

Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan ATMA 2016

Hari Bersama Pelanggan telah diadakan pada 16 November 2016 di Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (PATMA) dari jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang. Hari Bersama Pelanggan diadakan sempena aktiviti Pembudayaan Ilmu Perpustakaan UKM 2016. Ia merupakan kesinambungan Hari Bersama Pelanggan yang diadakan setiap tahun di perpustakaan. Aktiviti ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada pelanggan yang telah banyak menyokong aktiviti perpustakaan. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti  Menang, Kalah dan Seri (Cabaran Peribahasa), Cabaran Teka Saya (Cari Simpulan Bahasa), Kenali P.Ramlee, Sudut RM1 (Derma dan Amal), Belon Bertuah, Sembang Teh Tarik dan Selfie #sayasayangpatma. Sembang Teh Tarik merupakan aktiviti yang pertama kali diadakan pada Hari Bersama Pelanggan 2016. Konsep perbincangan secara santai ini telah dihadiri oleh ahli akademik, pegawai ATMA, pelajar dan penyelidik dengan jumlah keseluruhan sebanyak 13 orang. Wakil daripada Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) juga turut dijemput iaitu Encik Harith Faruqi Sidek, Puan Shaizimah Badzri dan Puan Rohalia Mohd Rohani. Perbincangan dan perkongsian dalam Sembang Teh Tarik adalah berkisar tentang e-Rep, isu penerbitan dan perkhidmatan perpustakaan. Secara keseluruhan, aktiviti Hari Bersama Pelanggan di Perpustakaan ATMA telah dapat dilaksanakan dengan ceria dan meriah. Para pemenang telah menerima hamper, alat tulis, buku dan pelbagai cenderamata. Pelanggan yang mengisi Maklumbalas Kepuasan Pelanggan Perpustakaan UKM secara online juga tidak pulang dengan tangan kosong, mereka juga menerima cenderamata berupa pen dan buku nota.


Cabaran Teka Saya (Cari Simpulan Bahasa)

Belon Bertuah

Menang, Kalah dan Seri (Cabaran Peribahasa)

Sembang Teh Tarik

 
Selfie #sayasayangpatma

Para Pemenang Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan ATMA 2016

No comments:

Post a Comment