Monday, 28 November 2016

Pengajaran lisan Bahasa Malaysia / oleh Omar bin Puteh


Buku terbitan tahun 1972 ini untuk memberi panduan kepada para pendidik untuk melatih kanak-kanak bercakap dalam bahasa Melayu bukan sahaja kemahiran menulis dan membaca malahan melalui pelajaran lisan. Terdapat di Perpustakaan ATMA dengan nombor panggilan PL5079.M3.O6 8

Unsur etnosains Malayonesia dalam Bahasa Melayu sejak abad ke-5 masihi / editor, Shaharir Mohamad Zain.


Memfokuskan tentang etnosains Melayu yang telah bermula sejak abad kelima Masihi lagi dan berkembang sehingga sekarang. Merupakan kumpulan makalah dalam bidang sains dan matematik yang berpandukan warisan tamadun berbahasa Melayu. Terdapat di Perpustakaan ATMA dengan nombor panggilan PL 5070.U537 8

Monday, 21 November 2016

Audit Dalaman Sistem Persekitaran Berkualiti (SPB) (5S) Perpustakaan

Audit Dalaman Sistem Persekitaran Berkualiti (SPB) (5S) Perpustakaan telah diadakan pada 21 November 2016 di Perpustakaan ATMA. Tujuan audit dalaman ini dijalankan adalah untuk memastikan aktiviti-aktiviti 5S diamalkan oleh seluruh warga perpustakaan dan dijalankan secara sistematik dan berterusan.

Auditor yang ditugaskan untuk mengaudit Perpustakaan ATMA adalah Cik Athirah Omar yang menggantikan Puan Norbaizura Malek. Audit dijalankan di setiap aras perpustakaan. Antara lokasi yang dilawati oleh auditor adalah Bilik Koleksi Khas, Koleksi Am, ruang fail dan lain-lain.











Wednesday, 16 November 2016

Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan ATMA 2016

Hari Bersama Pelanggan telah diadakan pada 16 November 2016 di Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (PATMA) dari jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang. Hari Bersama Pelanggan diadakan sempena aktiviti Pembudayaan Ilmu Perpustakaan UKM 2016. Ia merupakan kesinambungan Hari Bersama Pelanggan yang diadakan setiap tahun di perpustakaan. Aktiviti ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada pelanggan yang telah banyak menyokong aktiviti perpustakaan. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti  Menang, Kalah dan Seri (Cabaran Peribahasa), Cabaran Teka Saya (Cari Simpulan Bahasa), Kenali P.Ramlee, Sudut RM1 (Derma dan Amal), Belon Bertuah, Sembang Teh Tarik dan Selfie #sayasayangpatma. Sembang Teh Tarik merupakan aktiviti yang pertama kali diadakan pada Hari Bersama Pelanggan 2016. Konsep perbincangan secara santai ini telah dihadiri oleh ahli akademik, pegawai ATMA, pelajar dan penyelidik dengan jumlah keseluruhan sebanyak 13 orang. Wakil daripada Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) juga turut dijemput iaitu Encik Harith Faruqi Sidek, Puan Shaizimah Badzri dan Puan Rohalia Mohd Rohani. Perbincangan dan perkongsian dalam Sembang Teh Tarik adalah berkisar tentang e-Rep, isu penerbitan dan perkhidmatan perpustakaan. Secara keseluruhan, aktiviti Hari Bersama Pelanggan di Perpustakaan ATMA telah dapat dilaksanakan dengan ceria dan meriah. Para pemenang telah menerima hamper, alat tulis, buku dan pelbagai cenderamata. Pelanggan yang mengisi Maklumbalas Kepuasan Pelanggan Perpustakaan UKM secara online juga tidak pulang dengan tangan kosong, mereka juga menerima cenderamata berupa pen dan buku nota.


Cabaran Teka Saya (Cari Simpulan Bahasa)

Belon Bertuah

Menang, Kalah dan Seri (Cabaran Peribahasa)

Sembang Teh Tarik

 
Selfie #sayasayangpatma

Para Pemenang Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan ATMA 2016

Wednesday, 9 November 2016

Aktiviti Gotong Royong di Perpustakaan ATMA

Satu aktiviti gotong royong telah dijalankan di Perpustakaan ATMA pada 9 November 2016 bagi membuat persediaan/persiapan untuk menghadapi Audit Dalaman Sistem Persekitaran Berkualiti (SPB) (5S) Perpustakaan Bil 2/2016 yang akan diadakan pada 21 November 2016. Gotong royong telah dijalankan di setiap aras Perpustakaan ATMA.








Friday, 4 November 2016

Segunung Budi Selautan Kenangan : Dedikasi Istimewa untuk Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Hj. Omar


Buku Segunung Budi Selautan Kenangan ini merupakan sebuah terbitan khas Jabatan Linguistik Melayu sempena persaraan Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar yang memuatkan 16 buah artikel hasil tulisan anak didik beliau yang merentasi pelbagai disiplin linguistik mengikut kepakaran masing-masing. Buku ini terdapat di Perpustakaan ATMA dengan nombor panggilan PL5065.S43 8.