Wednesday, 15 March 2017

Di sebalik whwt: Penempatan dan Penyusunan Semula

Perpustakaan ATMA telah mewujudkan ruang khas untuk kesemua koleksi sumbangan Profesor Emeritus Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh. Koleksi beliau kini berada di Bilik Koleksi Rujukan dan bahan boleh dipinjam seperti bahan Koleksi Am.

Beliau merupakan mantan Pengarah ATMA pada tahun 1993 hingga 1994. Bidang penyelidikan dan penulisan yang fokus kepada Pembangunan & Transformasi Masyarakat Desa, Peneroka bidang kajian Melayu Diaspora dan Pejuang Gerila Force 136, dan banyak lagi.

Kesemua bahan beliau bermula dengan awalan whwt.

Proses pencarian bahan whwt di rak Koleksi Am

Proses penyusunan semula bahan mengikut nombor panggilan

Koleksi Sumbangan WHWT telah disusun di rak sebenar

Poster berkenaan penyumbang untuk maklumat pelanggan

Tanda pemakluman tentang koleksi tersebut di Perpustakaan ATMA

Pameran Koleksi Saad Shukri: Bahasa Melayu dan Adat Berpisah Tiada

Perpustakaan UKM telah membentuk sebuah Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Melayu dengan tanggungjawab besar diberikan kepada Perpustakaan ATMA.

Jawatankuasa ini bertujuan untuk memperkasakan koleksi bahasa Melayu Perpustakaan UKM secara amnya, dan koleksi bidang bahasa Melayu Perpustakaan ATMA secara khususnya.

Pameran bertema di Perpustakaan ATMA merupakan salah satu daripada aktiviti promosi memartabatkan bahasa Melayu yang dijalankan oleh ahli jawatankuasa ini.

Pameran Koleksi Saad Shukri: Bahasa Melayu dan Adat Berpisah Tiada ini mengupas maklumat atau khazanah ilmu yang terkandung dalam sebahagian naskhah sumbangan beliau yang berada di Perpustakaan ATMA.

Pameran ini juga diadakan untuk memastikan setiap koleksi unik yang berada di perpustakaan ATMA dapat diketahui, dikongsi dan dimanfaatkan secara maksimum oleh semua warga universiti.




Pameran Khazanah Dialek Melayu


Pameran Khazanah Dialek Melayu sedang diadakan di Perpustakaan ATMA dengan tujuan untuk berkongsi bahan-bahan berkenaan bidang pengkajian dialek Melayu yang berada di perpustakaan.

Pameran ini juga merupakan salah satu daripada aktiviti promosi Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Melayu yang telah dibentuk oleh Perpustakaan UKM.

Tuesday, 17 January 2017

Statements on Malay Language and Literature


Kritikan dan pengalaman menghasilkan naskhah berkenaan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Nombor panggilan PL5061.I8 8hal

Warisan Sastera Pahang Darul Makmur


Sastera rakyat adalah warisan bangsa yang sangat bernilai. Terdapat 19 esei dalam buku ini yang menjadi tatapan, renungan, inspirasi dan kebanggaan kepada anak-anak Pahang bahawa negeri mereka kaya dengan khazanah kesusasteraan baik Sastera Lama mahupun Sastera Baharu. PL5105.1.W37 8hal

Si Bulus-Bulus Sirumbuk-Rumbuk


Karya ini merupakan naskhah Melayu Indonesia yang dihasilkan oleh Sasterawan Madailing Sumatera Utara, Willem Iskandar.PL5251.I82 S5 1978 8hal

Singapura Di-langgar Todak


Cerita berkenaan todak melanggar Singapura ini bukanlah baharu di kalangan orang Melayu. Walaupun cerita ini pada pandangan kita hari ini bersifat dongeng tetapi biarlah suatu cerita warisan pusaka nenek moyang kita ini tidak dilupakan atau hilang. Maka ini terhasil untuk generasi kini dan akan datang, PL5180.S56 A243 8hal