Wednesday, 27 June 2018

Pameran Natrah (1937-2009): Cinta, Rusuhan, Air Mata

Natrah adalah kisah cinta dua insan yang agung yang menyatu dengan kisah cinta bangsa Melayu kepada agamanya hingga mencetus rusuhan yang tragis di Singapura pada tahun 1950.

Perpustakaan ATMA memilih untuk mengadakan pameran tentang Natrah memandangkan kisah menjadi satu tragedi yang boleh dihayati dan dipelajari, malah lebih penting membuktikan perpaduan seluruh umat Islam. Kesemua maklumat diperolehi hasil daripada bahan yang terdapat di Perpustakaan ATMA.

"Di tengah kehangatan kisah perbicaraan Natrah di Singapura, majalah Qalam menyiarkan gambar lukisan yang menunjukkan al-Quran terlepas dari tangan Natrah yang duduk bersimpuh. Maknanya sangat mendalam. Saya yang berusia lapan tahun pun faham..." - Tan Sri Adam Kadir, Mantan Yang Dipertua Dewan Negara.

Semoga pameran ini memberi manfaat dan kebaikan untuk semua!

Salam lebaran dari warga Perpustakaan ATMA.


 

Monday, 28 May 2018

Program Tadarus Sempena Ramadan1439

Perpustakaan UKM telah mengadakan program tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan 1439H. Program ini melibatkan kesemua warga perpustakaan termasuk perpustakaan cabang. Perpustakaan ATMA tidak terkecuali dalam usaha #tamakpahala ini.

Insya-Allah, semoga dengan program ini, mendidik jiwa warga perpustakaan dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik dengan sahsiah diri yang mulia dan berbudi pekerti sesuai dengan tuntutan Al-Quran.

Salam Dunia! Sayang Ramadan!






Thursday, 17 May 2018

Kursus E-Rep dan Jurnal Terindeks

Perpustakaan ATMA dengan kerjasama Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) telah berjaya menganjurkan Kursus E-Rep dan Jurnal Terindeks pada 16 Mei 2018 bertempat di Bilik Wacana ATMA.

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada isu semasa dalam penerbitan terutama berkenaan jurnal terindeks, pendaftaran karya melalui sistem repositori perpustakaan iaitu E-Rep.

Bengkel ini dihadiri oleh Pengarah ATMA, Prof Dr. Supyan Hussin, felo akademik ATMA dan beberapa pegawai ATMA yang terlibat dalam pengesahan dan pendaftaran E-Rep.

Taklimat yang diberikan oleh Puan Shaizimah Badzri, Puan Nor Hamsiah Ahmad Hosaini dan Puan Rusiah Husin wakil daripada PTSL telah memberi kefahaman yang jelas kepada semua yang hadir.

Melalui perkongsian ini juga diharap dapat memudahkan urusan kedua-dua pihak, iaitu antara ATMA dan perpustakaan itu sendiri.








Wednesday, 2 May 2018

Jom Baca 10 Minit di Perpustakaan ATMA

Perpustakaan ATMA telah bersama menjayakan Program Jom Baca 10 Minit pada 24 April 2018.

Program ini bersempena dengan Hari Buku dan membudayakan amalan membaca dikalangan masyarakat Malaysia.

Walaupun hanya 10 minit, kita mampu mengetahui pelbagai informasi dan ilmu berbanding dengan 10 minit yang terbuang dengan hanya berbual atau berkhayal.

Salam membaca dari kami!






Kumpulan Tamadun Perpustakaan ATMA di Konvensyen Team Excellence Perpustakaan UKM

Pada 16 April 2018, Kumpulan Tamadun dari Perpustakaan ATMA telah bertanding dalam Konvensyen Team Excellence Perpustakaan ATMA dengan projek penambahbaikan proses kerja penyusunan bahan perpustakaan menggunakan kaedah pengurusan kejat.

Kumpulan telah mempersembahkan cara penyusunan bahan yang dipendekkan dengan menggunakan kaedah kaizen dan mendapat tempat ketiga dalam konvensyen tersebut. Penambahbaikan ini demi memenuhi matlamat memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan perpustakaan melalui moto projek kami, 'Susun Cepat Pelanggan Suka, Susun Lambat Pelanggan Kecewa'.

Kumpulan juga telah berjaya mendapat Anugerah Pembentang Terbaik, dimana kaedah persembahan telah dijaya dengan lakonan daripada kakitangan Perpustakaan ATMA iaitu Encik Mohd Hafiffy Ghazali dan Encik Hamzah Jahid. Manakala pembentang yang mewakili Kumpulan Tamadun pula adalah Puan Siti Wahida Amanullah dan Encik Mohd Firdaus Mhd Thaha.

Semoga dengan kejayaan ini menaikkan lagi semangat ahli kumpulan untuk menghasilkan projek inovasi dan penambahbaikan yang lebih baik dimasa hadapan.

 Tahniah untuk semua ahli Kumpulan Tamadun dan fasilitator kami, Puan Hamidah Erman, merangkap Ketua Perpustakaan ATMA.






Tuesday, 13 March 2018

Pameran Seni Muzik Tradisional

Sepanjang bulan Mac hingga April 2018, Perpustakaan ATMA mengadakan pameran Seni Muzik Tradisional Malaysia.

Judul pameran kali ini atas permintaan pelanggan perpustakaan memandangkan beliau sedang menjalankan penyelidikan berkenaan topik ini.

Monday, 12 February 2018

Senarai Buku Baharu 2018

Perpustakaan ATMA memperolehi bahan melalui proses pembelian dan hadiah. Demi mengembangkan koleksi, kami mengalu-alukan cadangan pembelian bahan daripada pelanggan berdasarkan bidang ketamadunan Melayu.


Jika anda mempunyai bahan untuk disumbangkan kepada perpustakaan juga, kami amat menghargainya.

Berlampir adalah senarai buku pembelian, hadiah dan Koleksi N.A. Halim (bahan kebelakangan) sepanjang tahun 2018 yang telah diproses di Perpustakaan ATMA.