Friday, 16 December 2016

Fumigasi/Semburan Serangga di Perpustakaan ATMA

Perpustakaan ATMA telah menjalankan kerja-kerja fumigasi/semburan serangga pada 16-18 Disember 2016 di rak Koleksi Am dan Koleksi Rujukan.

Fumigasi adalah salah satu kaedah untuk pemeliharaan bahan perpustakaan. Proses fumigasi atau pengwasapan ini adalah untuk menghapuskan segala jenis serangga perosak seperti gegat, anai-anai dan lipas. Gas methylene bromide (gas beracun) dilepaskan di ruang simpan bahan yang ditutup rapat selama 48 jam. Ulat buku mudah dihapuskan melalui gas yang boleh meresap ke dalam buku.


Dengan menjalankan kerja-kerja fumigasi ini dapat melindungi dan memelihara bahan perpustakaan demi kepentingan dan khazanah ilmu untuk generasi yang akan datang.

Koleksi Rujukan

Koleksi Am

                                  





No comments:

Post a Comment